Ticker

6/recent/ticker-posts

Kastam Sahkan Syarikat China Diberi Pelepasan GST. Ini Penjelasannya.

Kastam Sahkan Syarikat China Diberi Pelepasan GST. Ini Penjelasannya.

“Pelepasan ke atas syarikat ini adalah untuk memastikan projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya.”

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada April 2015, ianya menggantikan Cukai Jualan (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%). Dalam sistem GST, kebanyakan barang dan perkhidmatan (kecuali barang keperluan asas) dikenakan kadar cukai sebanyak 6% pada setiap peringkat rantaian bekalan.

Ini bermakna, semua rakyat Malaysia terlibat dalam perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Tidak kira individu itu rakyat biasa, orang kenamaan, berpangkat tinggi, miskin dan sederhana, semua perlu membayar GST.

Perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah secara menyeluruh disetiap peringkat. Namun, sejak semalam tular sekeping gambar sijil pelepasan GST kepada kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC). Perkara ini menimbulkan tanda tanya mengenai kesahihan perkara tersebut.

Terbaru, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan sijil pelepasan GST kepada kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC), yang tular di media sosial semalam.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya memberi sokongan bagi mempertimbangkan pelepasan oleh Kementerian Kewangan kepada CCCC.

Beliau berkata, sebab pelepasan itu adalah kerana ECRL adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.

“Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam. Secara amnya, pelepasan ke atas syarikat ini (CCCC) bagi memastikan projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya lagi, pelepasan dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST.

“Syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST,” katanya lagi.

Naib Presiden AMANAH Husam Musa semalam memuat naik gambar sijil pelepasan GST yang menyatakan ia diberikan bawah Seksyen 56(3)(a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Kastam Sahkan Syarikat China Diberi Pelepasan GST. Ini Penjelasannya.

Kastam Sahkan Syarikat China Diberi Pelepasan GST. Ini Penjelasannya.

Seksyen itu menyatakan kuasa menteri kewangan untuk memberikan pelepasan berkenaan.

Turut disertakan kepala surat CCCC yang memberitahu pembekalnya bahawa ia diberikan pelepasan GST berdasarkan surat oleh Kementerian Kewangan bertarikh 7 Feb tahun ini.

Ia menambah bahawa pelepasan GST itu berkuat kuasa pada 26 September 2016.

Subromaniam berkata lagi, sistem GST memang mempunyai mekanisme untuk mengurangkan impak cukai itu kepada golongan yang disasarkan.

“Kastam dari semasa ke semasa akan akan mempertimbangkan permohonan pelepasan kepada syarikat yang memohon serta layak,” katanya lagi.

Kerajaan sedang membiayai projek kira-kira RM60 bilion itu menerusi pinjaman mudah dari Bank Eksport-Import China dan hutang yang diperolehi dalam pasaran bon.

Dengan laluan sepanjang 600km, ECRL akan menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di pantai timur Semenanjung Malaysia termasuk Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Jika projek ini siap nanti ianya akan memudah dan mempercepatkan urusan perhubungan antara Pelabuhan Klang dengan bandar utama di pantai timur Semenanjung Malaysia. Projek ECRL bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat China, malah ianya memberikan lagi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia secara umumnya.

Sumber: blogammar.com

Post a Comment

0 Comments