Ticker

6/recent/ticker-posts

Kritik Tetamu Berbadan Besar, Pengulas Fesyen Bertemu Buku Dengan Ruas

Kritik Tetamu Berbadan Besar, Pengulas Fesyen Bertemu Buku Dengan Ruas

“Selama ni, ingat makcik dan pakcik bawang paling dahsyat! Rupa-rupanya nenek bawang lagi dahsyat!!”

Pengkritik dan pengulas fesyen tempatan, Zaihani Mohd Zain menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tetamu berbadan besar yang hadir ke acara pertunjukan fesyen.

Menerusi status di laman Facebook peribadi milik Zaihani yang tular di laman sosial, dia menasihati individu yang memiliki berat badan melebihi 60 kilogram tidak sepatutnya menghadiri acara sedemikian.

Kritik Tetamu Berbadan Besar, Pengulas Fesyen Bertemu Buku Dengan Ruas

"Kalau berat badan melebihi 60kg, tak payahlah datang, sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak.

"It's so awkward and uncomfortable for the persons seated next to you!!!" tulis Zaihani di Facebooknya baru-baru ini.

Pandangan peribadi Zaihani itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang dalam kalangan kenalan mahupun pereka fesyen tempatan.

Ibukota kini sedang meriah dengan pelbagai acara pertunjukan fesyen sempena mempromosi busana Aidilfitri daripada pelbagai pereka fesyen tempatan.

Kritik Tetamu Berbadan Besar, Pengulas Fesyen Bertemu Buku Dengan Ruas

Manakala, kredibiliti Zaihani sebagai pengulas, pengkritik dan sosialit fesyen tidak perlu disangkal lagi.

Malah, Zaihani juga dilantik sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.

Jawapan netizen yang disifatkan umpama buku bertemu ruas

Kritik Tetamu Berbadan Besar, Pengulas Fesyen Bertemu Buku Dengan Ruas

Sumber: gempak.com

Post a Comment

0 Comments