Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerana Tak Kacak, Amerul Affendi ‘Dipulau’ Stesen TV

Kerana Tak Kacak, Amerul Affendi ‘Dipulau’ Stesen TV

“Rupanya nama Amerul Affendi telah ditolak sejak tahun 2009 daripada terlibat dalam beberapa drama terbitan TV3 atau TV9”

Nama Amerul Affendi bukanlah nama besar seperti pelakon, Aaron Aziz, Zizan Razak, mahupun Shaheizy Sam tetapi impak setiap lakonannya di dalam filem atau drama sangatlah besar. Penonton pasti ingat dengan watak Mat Yam yang dilakonkan di dalam filem Polis Evo bukan? Dan filem Bunohan lakonan Amerul Affendi juga turut menyerlah.

Bukan sekadar rupa perlu kita lihat tetapi bakat yang ada pada diri seseorang pelakon itu sangat penting untuk kita nilai. Tidak seronok menonton filem atau drama yang heronya kacak tetapi berlakon seperti kayu bukan?

Pelakon Amerul Affendi berasa kecewa apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen televisyen jika dicadangkan untuk terlibat dalam drama yang akan disiarkan stesen tersebut.

Amerul berkata, dia akur kerana tidak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.

Kerana Tak Kacak, Amerul Affendi ‘Dipulau’ Stesen TV

“Nama saya sudah beberapa kali tidak lepas iaitu sejak tahun 2009 daripada terlibat dalam beberapa drama terbitan TV3 atau TV9, walaupun sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Grand Brilliance untuk filem Pekak.

“Namun, saya anggap tiada rezeki kerana saya sedar tidak mempunyai kriteria yang mereka inginkan selain dia tidak kacak dan tiada pengikut yang ramai di laman sosial,” ujarnya kepada mStar Online.

Amerul berkata, ia sudah menjadi trend stesen televisyen untuk mencari artis yang mempunyai pengikut ramai.

Katanya, ia bagus dan membantu sesebuah drama mendapat perhatian penonton. Bagaimanapun tambahnya, ia menjadi tidak adil bagi pelakon lain yang lebih mengutamakan kualiti dan bakat berbanding bilangan pengikut laman sosial.

Kerana Tak Kacak, Amerul Affendi ‘Dipulau’ Stesen TV

“Bagus ada pengikut ramai dan membantu sesebuah drama itu untuk mendapat sambutan, tetapi ia akan jadi kacau jika mereka tidak lagi mementingkan kualiti dan bakat,” ujarnya.

Itulah sedikit luahan seorang pelakon ini. Apa kata anda sebagai penonton drama dan filem Malaysia?

Sumber: mStar Online

Post a Comment

0 Comments