Header Ads

Breaking

Friday, April 20, 2018

Setelah Lama Menyepi, King Coco Muncul Semula Dengan Kontroversi Baru

Setelah Lama Menyepi, King Coco Muncul Semua Dengan Kontroversi Baru

‘Ada banyak benda lagi boleh pegang dan sentuh. Ada banyak haiwan perliharaan yang comel dan jinak. Tapi kenapa anjing?’

Korang masih ingat lagi tak King Coco yang pernah menimbulkan kontroversi dan menerima kecaman hebat dari netizen gara-gara aksinya bercakap orang putih (english) acah-acah macam mat saleh yang tak seberapa nak menjadi. Haha!

Terbaharu, instafamous yang dilihat sudah lama menyepi itu timbul dengan kontroversi baru dan kali ni didakwa telah menimbulkan kemarahan dan sensitiviti umat Islam.

Setelah Lama Menyepi, King Coco Muncul Semua Dengan Kontroversi Baru

Untuk pengetahuan korang semua, King Coco telahpun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel. Anaknya itu diberikan nama Kyle Mateen (Matt).

Muatnaik gambar pegang anjing

Setelah Lama Menyepi, King Coco Muncul Semua Dengan Kontroversi Baru

Baru-baru ini, King Coco telah memuatnaik foto aksinya yang sedang memegang seekor anjing dengan kapsyen yang dipetik dari lagu Joe Flizzow, ‘Sampai Jadi’. King Coco mendakwa anjing yang sedang dipegang olehnya itu adalah anjing peliharaan milik anaknya.

Oleh kerana gambar sensitif itu, dia telah dikecam hebat di mana ramai berpendapat bahawa, walaupun dibolehkan memegang dan menyentuh anjing bulu anjing yang kering ketika tangan kering, kita tidak semestinya boleh memastikan tangan kita kering setiap masa tanpa berpeluh.

Lagi satu, ada banyak benda lagi kita boleh pegang dan sentuh. Kenapa anjing jugak yang menjadi pilihan? Ada banyak haiwan perliharaan yang comel dan jinak, kenapa anjing yang menjadi pilihan? Itulah antara persoalan-persoalan yang diajukan kepada instafamous terkenal itu.

Tutup ruang komen gara-gara teruk dikecam

Setelah Lama Menyepi, King Coco Muncul Semua Dengan Kontroversi Baru

King Coco dilihat mengalah dan telahpun menutup ruangan komen untuk gambar kontroversi itu. Mungkin telah timbul rasa bersalah dalam dirinya. Tapi, motif utamanya memuatnaik gambar itu masih misteri. Kah!

Ada juga pendat yang mengatakan status itu hanyalah untuk ‘menganjing’ haters-haters yang selama ini membuatnya serba serbi tak kena.

Korang kalau nak jadi terkenal, ada banyak cara sebenarnya. Tak perlu rasanya nak sentuh bab-bab sensitif macam tu. Nanti kena kecam, diri sendiri yang merana. Tipulah kalau takde sekelumit rasa tekanan perasaan akibat dikecam.

Kredit: Lobak Merah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.