Ticker

6/recent/ticker-posts

Kedai Kasut Terpaksa Ditutup Kerana Cikgu Baik Hati Ini Beli 55 Pasang Kasut Untuk Pelajar Miskin

Kedai Kasut Terpaksa Ditutup Kerana Cikgu Baik Hati Ini Beli 55 Pasang Kasut Untuk Pelajar Miskin

‘Dahsyat! Kedai kasut Bata tersebut terpaksa ditutup semata-mata untuk memberi tumpuan kepada cikgu dan anak-anak muridnya.’

Tugas menjadi seorang guru amatlah besar tanggungjawabnya. Selain melaksanakan amanah, mereka juga kadangkala terpaksa berkorban masa dan wang ringgit demi anak-anak murid kesayangan.

Itulah yang dilakukan oleh seorang cikgu yang baik hati ini di mana beliau sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk membeli 55 pasang kasut untuk anak muridnya yang kurang bernasib baik.

Mesti dalam benak korang sekarang terbayang wajah cikgu korang yang paling baik hati yang korang paling sayang dulu kan. Hehe!

Kedai Kasut Terpaksa Ditutup Kerana Cikgu Baik Hati Ini Beli 55 Pasang Kasut Untuk Pelajar Miskin

Apa yang lebih menarik adalah kedai kasut Bata yang dikunjungi guru tersebut bersama murid-muridnya terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk memberi fokus bagi mencari saiz kasut dan urusan pembelian kasut cikgu tersebut bersama anak-anak muridnya.

Kami kongsikan apa yang diceritakan sendiri oleh cikgu Mohd Fadli Salleh di akaun Facebook miliknya.

Sampai tutup kedai Bata tu lepas aku dan murid-murid aku masuk

Kedai Kasut Terpaksa Ditutup Kerana Cikgu Baik Hati Ini Beli 55 Pasang Kasut Untuk Pelajar Miskin

Berkongsi pengalamannya, cikgu Fadli berharap agar cikgu-cikgu di luar sana jangan segan silu untuk berbuat baik kepada anak-anak murid mereka.

“Sampai tutup kedai BATA dekat Ong Tai Kim ni lepas aku masuk nak beli 55 pasang kasut untuk murid miskin, anak yatim dan murid yang kasut koyak. 

“Berpeluh pekerja berdua tu cari saiz dalam stor. Kena ambil tiga patterns berlainan sebab tak cukup stok jika ambil sejenis saja.” 

Kasut yang dibeli itu adalah hasil dari wang sumbangan yang dikumpul Cikgu Fadli melalui program #DanaKITA. Kesemua kasut tu akan diberikan kepada murid-murid nanti katanya.

Usaha murni Cikgu Fadli mendapat pujian ramai

Kedai Kasut Terpaksa Ditutup Kerana Cikgu Baik Hati Ini Beli 55 Pasang Kasut Untuk Pelajar Miskin

Usaha murni yang dilakukan Cikgu Fadli telah mendapat pujian netizen yang rata-rata mengucapkan terima kasih dan meluahkan rasa syukur kerana sanggup membantu anak yatim, murid miskin dan mereka yang memerlukan di sekolah tempat cikgu ini mengajar.

Kedai Kasut Terpaksa Ditutup Kerana Cikgu Baik Hati Ini Beli 55 Pasang Kasut Untuk Pelajar Miskin

Kunjungan Cikgu Fadli di pasaraya Ong Tai Kim dekat Gombak ni sebenarnya untuk mengimbau kembali kenangan netizen yang pernah membeli barang di situ. Katanya, kalau jumpa dengan tauke boleh dapat diskaun! Tapi sayang betul tak dapat jumpa taukenya. 

Syukur masih ada golongan berhati mulia seperti Cikgu Fadli yang prihatin akan murid yang dihimpit kemisikinan. Bantuan-bantuan kecil seperti inilah yang membuatkan sesetengah murid lebih bersemangat untuk mengecapi kejayaan dalam pelajaran.

Kedai Kasut Terpaksa Ditutup Kerana Cikgu Baik Hati Ini Beli 55 Pasang Kasut Untuk Pelajar Miskin

Tahniah Cikgu Fadli kerana jadi pendidik yang cemerlang!

Kredit: Lobak Merah

Post a Comment

0 Comments