Ticker

6/recent/ticker-posts

Terajang Ibu Mertua, Dipukul Akibat Tak Bagi Duit Rokok – Isteri Malang Bersuamikan Lelaki Psycho dan Ganas

Terajang Ibu Mertua, Dipukul Akibat Tak Bagi Duit Rokok – Isteri Malang Bersuamikan Lelaki Psycho dan Ganas

‘Bila tak diberi duit untuk beli rokok, dia memukul kepala dan nyaris mencederakan adik lelaki saya.’

Setiap wanita yang memutuskan untuk berkahwin pastinya mendambakan kebahagiaan dan layanan yang terbaik dari seeorang suami. Namun, lain pula yang jadi kepada wanita malang ini. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Johor Bahru.

Huda, yang berusia 22 tahun dan ibu kepada dua cahaya mata berusia dua dan empat tahun itu mendakwa suaminya menceroboh rumah sewa ibunya di Tebrau dan mengasarinya.

Huda mendakwa ini bukan kali pertama suaminya bertindak ganas sedemikian dan dia mendedahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak setahun lalu.

"Bila saya tak nak beri duit untuk beli rokok, suami terus memukul kepala dan nyaris mencederakan adik lelaki saya."

Suami memaki hamun dan menendang perut ibunya

"Apabila ibu menegurnya, suami saya menendang perut ibu dan memaki hamun. Malah, suami saya menceroboh rumah ibu tiga hari berturut-turut.

"Saya dan ibu sudah membuat lebih 10 laporan polis terhadap suami. Saya sudah memberi banyak ruang dan peluang untuk dia berubah sikap tetapi tidak dihargai apabila terus menimbulkan masalah.

Suami kerja tapi nafkah terabai

"Sejak berumah tangga kira-kira lima tahun lalu, perbelanjaan keluarga termasuk susu dan lampin anak kerap ditanggung ibu yang bekerja di pasar pagi.

"Suami saya yang bekerja di kilang perabot langsung tidak menghiraukan soal kami," katanya.

Selain itu, Huda juga pernah menjadi sasaran ugutan pemungut hutang yang menuntut bayaran RM2,000 dipinjam suaminya.

Kejadian itu mendorongnya membuat laporan polis di Balai Polis Pelangi Indah demi keselamatan ahli keluarga.

Terajang Ibu Mertua, Dipukul Akibat Tak Bagi Duit Rokok – Isteri Malang Bersuamikan Lelaki Psycho dan Ganas
SURI rumah dikenali sebagai Huda menunjukkan laporan polis selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Adik alami tekanan perasaan selepas nyaris disimbah air panas

Pada 7 April lalu, adik lelakinya yang berusia 19 tahun nyaris disimbah air panas dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat tekanan perasaan.

Mendakwa diugut akan dibunuh oleh suami, Huda membawa anaknya menumpang di rumah rakan manakala ibunya berlindung di surau.

"Saya harap pihak polis menjalankan siasatan kerana saya bimbang suami mengulangi perbuatannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata semakan mendapati lima laporan polis dibuat berhubung kejadian keganasan rumah tangga.

"Tiga laporan dibuat oleh seorang wanita berusia 42 tahun, manakala dua dilakukan oleh suri rumah berusia 22 tahun.

"Siasatan masih dilakukan dan kita giat mengesan suspek," katanya.

Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments