Sekiranya anda masih belum tahu, huruf ‘F’ pada papan kekunci komputer anda bermaksud ‘function’ atau pun fungsi. Kekunci tersebut dinamakan kekunci fungsi di dalam Bahasa Melayu.
Sesuai dengan namanya itu, sudah tentulah setiap kekunci mempunyai fungsinya tersendiri yang benar-benar dapat menjimatkan masa anda.
F1: Memaparkan skrin bantuan untuk hampir semua program komputer
F2: Untuk menukar nama fail
F3: Membuka fungsi pencarian untuk aplikasi yang sedang digunakan
F4: Apabila ditekan dengan butang ‘Alt’ pada masa yang sama, aplikasi atau program yang aktif akan ditutup
F5: Memuat semula atau ‘reload’ laman yang sedang digunakan
F6: Menggerakkan petunjuk ataupun ‘cursor’ ke kawasan URL atau alamat sesawang
F7: Digunakan untuk menyemak ejaan dan tatabahasa
F8: Membuka menu boot ataupun ‘boot menu’ semasa menghidupkan komputer
F9: Memuat semula ataupun ‘reload’ dokumen pada ‘Microsoft Word’ dan menghantar atau menerima email pada ‘Miscrosoft Outlook
F10: Mengaktifkan menu pada aplikasi yang sedang digunakan. Apabila ditekan dengan butang ‘Shift’ pada masa yang sama, fungsinya seperti menekan kanan pada tetikus
F11: Membuka paparan penuh ataupun mengecilkan semula laman melayar internet
F12: Membuka kotak dialog semasa menyimpan dokumen
0 Comments