Ticker

6/recent/ticker-posts

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu Paling Kaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Adele dilaporkan berpendapatan £144,000. Lebih-lebih lagi, jumlah ini hanya pendapatannya dalam satu hari sahaja daripada pendapatan globalnya. Mari lihat siapa lagi artis, kerabat dan selebriti lain yang berpendapatan tinggi seperti Adele juga.

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu Paling Kaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

#1 Bill Gates

√ £7.1 juta sehari

Dari RM4 Juta Sehari, Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Individu yang merupakan pengasas Microsoft dilaporkan berpendapatan £2.6 bilion pada tahun 2016, bersamaan £7.1 juta sehari. Selain itu, beliau juga merupakan pengerusi Yayasan Amal Bill & Melinda Gates.

Cara Perbelanjaan:

– Percutian pendek di Iceland
– Percutian di atas kapal layar bersama-sama keluarga di lautan Mediterranean

#2 Duke Westminster

√ £216,986 sehari

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Hugh yang berumur 26 tahun, mewarisi gelarannya pada tahun lepas. Beliau merupakan ketua keluarga Grosvenor yang telah mengumpul kekayaan selama beratus-ratus tahun. Kini mereka memiliki lebih tanah daripada ratu England.

Akaun 2016 menyatakan bahawa keuntungan hasil Persatuan Grosvenor mencecah £79.2 juta.

Cara Perbelanjaan:

– Tidak menayangkan kemewahannya
– Membawa kereta biasa sahaja
– Berjumpa dengan teman wanitanya di Kolej Ellesmere, Shropshire

#3 JK Rowling

√ £198,082 sehari

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Pasti ramai yang mengenali penulis buku Harry Potter. Hasil pendapatan beliau datang daripada kejayaan bukunya, filem, taman tema, cerita teater dan juga projek penulisan barunya. Dalam tahun ini sahaja, pendapatan beliau kini setinggi £72.3 juta, iaitu hampir £200,000 sehari.

Cara Perbelanjaan:

– Duduk di Edinburgh bersama-sama suami & 3 orang anak
– Telah membeli rumah jirannya dengan jumlah £1 juta untuk memperbesar taman di rumahnya
– Telah menjual kapal layarnya untuk membeli rumah di Australia

#4 Adele

√ £143,836

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Daripada album ketiganya yang keluar pada tahun lepas, beliau mendapat £16.5 juta. Kesuluruhannya, beliau menerima £52.5 juta.

Cara Perbelanjaan:

– 2 rumahnya di Kensington diubahsuai menjadi satu rumah keluarga
– Mempunyai 2 rumah di Hove, Sussex Timur
– 1 rumah di Los Angeles, dikongsi bersama-sama suami, Simon Konecki dan anaknya seorang (4 tahun)

#5 David Beckham

√ £135,616 sehari

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Memulakan kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak yang terkenal, beliau kini bergiat aktif di dalam bidang modeling untuk pelbagai jenis produk. Pada tahun 2016, beliau berpendapatan £49.5 juta.

Cara Perbelanjaan:

– Rumah barunya di Cotswolds berharga £6 juta
– Kelas tarian ‘ballet’ untuk anak perempuannya, Harper

#6 Elton John

√ £125,232 sehari

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Pada tahun 2016, beliau berpendapatan £45.7 juta. Kebanyakan daripada daripada persembahan secara langsung. Beliau menyewakan tempat tinggalnya di Las Vegas. Beliau juga sedang dalam proses untuk mengeluarkan album yang baru. Beliau juga sedang menulis autobiografi dan sedang menulis lagu untuk persembahan ‘Broadway’ beliau juga.

Cara Perbelanjaan:

– Bunga, cermin matanya yang ada ‘diamante’ atau batu permata tiruan
– Elton dan suaminya, David Furnish mempunyai 2 orang anak
– Memiliki rumah-rumah di London, Windsor, Los Angeles, Atlanta dan Nice

#7 Ratu England

√ £117,260 sehari

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Pendapatan baginda datang daripada lebihan bersih duit harta pusaka. Baginda menerima 15% daripadanya. Pada tahun lepas, baginda menerima £42.8 juta.

Cara Perbelanjaan:

– Bercuti di Balmoral & Sandringham
– Penjagaan istana-istananya
– Payung Fulton
– Kasut ‘Anello & Davide of Kensington’
– Jaket Barbour

#8 Lewis Hamilton

√ £95,890 sehari

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Pemandu Formula 1 tersebut berpendapatan sebanyak £35 juta pada tahun lepas daripada kemenangannya, gaji dan pelaburan.

Cara Perbelanjaan:

– Acara fesyen dan memain musik tema ‘rap’
– Mempunyai Ferrari berharga £1.14 juta

#9 Ed Sheeran

√ £76,986 sehari

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Pada tahun lepas sahaja, beliau menerima £28.1 juta, yang kelebihannya daripada album terbarunya.

Cara Perbelanjaan:

– Di acara lelongan amal, beliau membeli patung dirinya sebagai seekor khinzir yang bernama ‘Ed Sheer-ham’, yang berharga £6,200

#10 Jennifer Lawrence

√ £49,863 sehari

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Pada tahun 2016, pelakon Hollywood terkenal ini menerima £18.2. Filem-filem lakonannya pada waktu itu termasuklah Mother dan X-Men Apocalypse. Pelaburannya kepada Dior juga antar punca pendapatannya.

Cara Perbelanjaan:

– Rumah berharga £5.4 juta di Beverly Hills
– Yayasan amal di Kentucky, negeri asalnya, untuk kanak-kanak yang memerlukan bantuan kewangan atau mengalami masalah kesihatan

#11 Cara Delevigne

√ £21,917 sehari

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Model dan pelakon berumur 25 tahun yang berasal dari England ini menerima sebanyak £8 juta pada tahun lepas, membuatkannya model berpendapatan tertinggi di England. Dia juga telah menulis novel remaja.

Cara Perbelanjaan:

– Rumah berharga £1.5 juta yang dikongsikan dengan kakaknya, Poppy

#12 James Corden

√ £5,479 sehari

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Pengacara ‘The Late Late Show’ ini menerima sebanyak £2 juta setahun daripada rancangan televisyennya. Beliau menceritakan kesedihannya apabila dapat tahu bahawa dirinya merupakan pengacara televisyen dengan pendapatan terendah. Beliau juga menjadi pengacara pelbagai acara dan kini mempunyai rancangan baru yang asalnya segmen pada ‘The late Late Show’ bertajuk ‘Carpool Karaoke’.

Cara Perbelanjaan:

– Duduk bersama-sama isteri, Julia, di rumah Los Angelesnya yang berharga £7 juta

#13 Putera William

√ £5,315 sehari

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Baginda menerima £44,000 setahun semasa bekerja sebagai juruterbang helikopter separuh masa. Baginda baru sahaja berhenti kerjanya itu tapi baginda masih menerima pembayaran faedah berjumlah £300,000 daripada warisan £10 juta ibunya. Baginda juga berkongsi pemberian tahunan daripada ayahnya sebanyak £3.2 bersama-sama adiknya, Putera Harry.

Cara Perbelanjaan:

– Kit polo
– Kaca mata hitam Ray-Ban
– Pakaian jahitan Gieves & Hawkes

#14 Claudia Winkleman

√ £1,918 sehari

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Pengacara rancangan ‘Strictly Come Dancing’ tersebut menerima £500,000 setahun daripada BBC, iaitu £1,369 sehari. Sebagai seorang penulis tema fesyen, beliau menerima £200,000.

Cara Perbelanjaan:

– Duduk di rumah di Connaught Square, London bersama-sama suami, Kris Thykier dan tiga orang anaknya
– Minyak wangi Opium
– Alat solekan Charlotte Tilbury
– Gula-gula Percy Pig dari M&S

#15 Theresa May

√ £412

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu-Individu Terkaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Pendapatan perdana menteri tersebut sebanyak £150,402 setahun.

Cara Perbelanjaan:

– Membayar untuk terima hadiah-hadiah mahal yang diterima
– Kasut rekaan Charlotte Olympia berharga £495
– Rantai berharga £160
– Pen berharga £175

Post a Comment

0 Comments