Ticker

6/recent/ticker-posts

Apa Yang Susah? Apa Yang Takut Sangat? - Zul Yahya Seru Solat Jemaah Di Masjid Ikut 'Norma Lama'

 



Bekas hero malaya, papaya man sekali lagi mencetuskan isu dan menjadi perhatian netizen selepas memuat naik video solat jemaah tanpa mengamalkan penjarakan sosial atau dengan kata lain mengikut 'norma lama'.

 Zul turut meluahkan rasa syukur masih lagi merapatkan saf ketika menunaikan solat jemaah. Seperti sudah dijangka, perkongsian pelakon berusia 47 tahun itu mengundang kecaman netizen.


Zul juga dilihat turut memuat naik kenyataan di Instagram mepersoalkan keyakinnan muslimin terhadap kuasa Allah dan sunnah Nabi S.A.W.


Malah, Zul juga mencadangkan agar solat jemaah di masjid dilakukan mengikut norma lama. Ujarnya lagi, jika dibenarkan solat seperti biasa di masjid boleh diadakan solat hajat untuk memohon bantuan dari Allah.


Dalam pada itu, Zul mempersoal apa yang perlu ditakutkan sedangkan ada sahaja berhimpun beramai-ramai tetapi jika melibatkan masjid tidak dibenarkan. Katanya, jika ada yang tidak bersedia boleh duduk di rumah.


“Aku cadangkan buka salah satu masjid di setiap kawasan untuk solat berjemaah ikut norma lama. Kami boleh buat solat hajat perdana dan macam-macam amalan untuk memohon bantuan dari Allah.


“Apa yang susah sangat? Apa yang takut sangat? Perkara dunia orang berhimpun tak apa pula. Tapi bab masjid bagi macam-macam alasan yang kadang-kadang tak masuk akal. Yang tak bersedia duduk diam-diam di rumah,” katanya.-rotikaya

Post a Comment

0 Comments