Ticker

6/recent/ticker-posts

Demi memberikan nafkah kepada keluarga, sanggup makan mi segera, tidur di kaki lima, mandi di tandas : Realiti rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura

 


Mereka berehat dan tidur di bangku yang ada di taman awam sekitar republik berkenaan, menggunakan tandas awam atau di medan makan, restoran, surau atau masjid, ada juga yang menumpang mandi di tempat kerja.


Difahamkan, ramai tidak mengambil peluang skim Pengaturan Ulang-Alik Berkala (PCA) untuk pulang bercuti dan bertemu keluarga di negara ini berikutan pelbagai kekangan, termasuk dari segi kewangan dan peraturan majikan mereka di republik itu.


Pekerja juga dikatakan tidak dibenarkan bercuti panjang berikutan bebanan kerja ketika penularan C0VID-19, selain perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari sebelum dibenar masuk ke Malaysia dan kemudian sebelum dibenarkan masuk kembali ke Singapura.


Nasib mereka dikongsi Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh, 34, rakyat Malaysia yang bekerja di sebuah syarikat minuman di Singapura dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan di republik berkenaan.


Lebih dikenali dengan nama Eddie Dieana, beliau berkata, sekurang-kurangnya 100 pekerja Malaysia di Singapura kini terpaksa menjadi gelandangan kerana tidak mampu menyewa bilik, apatah lagi katil.


Dengan purata pendapatan bulanan S$800 (RM2,441) hingga S$1,400 (RM4,271), katanya, mereka tidak mampu menyewa katil pada harga S$300 (RM915) hingga S$500 (RM1,525) sebulan, apatah lagi bilik berharga S$700 (RM2,135) hingga S$1,200 (RM3,660).


Beliau berkata, ia belum dicampur kos makan mencecah S$20 (RM61) sehari dan kos tambang perkhidmatan pengangkutan awam MRT, antara S$3 (RM9) hingga S$4 (RM12) bagi satu perjalanan mengikut lokasi.


Malah, katanya, ada yang terpaksa mengikat perut kerana hanya mempunyai S$100 (RM304) untuk bertahan selama sebulan, termasuk kos makan selepas menghantar kira-kira S$700 (RM2,134) untuk keluarga di Malaysia dan S$300 (RM915) kos katil.


"Ada yang makan mi segera dari pagi hingga malam untuk alas perut. Jadi, pada masa terluang, saya akan cari roti yang tidak lagi mahu digunakan dari lori roti untuk diberikan kepada rakan-rakan gelandangan," katanya ketika dihubungi BH.


Shahruddin yang menyertai program amal dikendalikan sepasang suami isteri warga Singapura sejak Ramadan lalu, berkata mungkin ramai bertanya mengapa mereka tidak pulang sahaja ke Malaysia daripada menjadi gelandangan di Singapura.


"Untuk makluman, rakyat Malaysia yang jadi gelandangan di Singapura, rata-rata adalah sumber utama mencari pendapatan untuk keluarga. Jika balik Malaysia, mungkin sukar cari kerja pada waktu ini, bagaimana mahu tanggung keluarga?," katanya.


Beliau yang sudah enam tahun bekerja di Singapura dengan berulang-alik ke republik itu dari rumahnya di sini sebelum terkandas di republik itu akibat penutupan pintu sempadan, menegaskan meninggalkan Singapura bukan penyelesaian terbaik ketika ini.


"Mereka terpaksa berhenti bekerja dan wajib jalani ujian saringan serta kuarantin di Malaysia yang kosnya ditanggung sendiri. Saya dimaklumkan, perlu bayar RM2,200 untuk kos kuarantin selama 14 hari di Malaysia selain ujian saringan.


"Ia ibarat 'sudah j4tuh ditimpa tangga'. Sudahlah terpaksa berhenti kerja, harus bayar kos kuarantin lagi. Sebab itu mereka sanggup tidak balik dan bertahan di sini," katanya.


Shahruddin menjelaskan, kerumitan hidup pekerja Malaysia di Singapura hanya akan berakhir apabila pintu sempadan dibuka dan mereka boleh berulang alik dari Johor setiap hari bekerja.


"Mereka tidak pernah bergelandangan sebelum ini, kebanyakannya berulang alik dari Johor. Ia menjimatkan, tidak perlu keluar kos makan, sewa katil atau bilik di Singapura kerana ada rumah di Malaysia, milik sendiri atau sewa. Tiada tekanan hidup," katanya.

Sumber : berita harian

Post a Comment

0 Comments