Ticker

6/recent/ticker-posts

“My Fav…” Muat Naik Gambar Teman Lelaki?, Netizen Ucap Tahniah Pada Cik B

 


Pasti ramai yang suka lihat lakonan Cik B dalam drama bersiri lelaki lingkungan cinta bukan? Jujur walaupun ini drama pertama yang min tonton dia berlakon, nampak sangat dia xkekok atau erti kata lain kaku macam kayu apabila melakonkan watak yang dimainkan.. Nampak ada bakat untuk jadi seorang pelakon yang berjaya.


Menerusi laporan dari blog hotfm, Pada 22 November lepas, anak kepada usahawan kosmetik terkenal iaitu Cik B dilihat telah memuat naik foto pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta, iaitu Aniq Suhair dengan caption ‘with my fav person’.


Bukan itu sahaja, Cik B turut sempat memuat beberapa lagi foto dan memuat naik caption sweet sampai potong kaki!


Perkara itu telah mengejutkan ramai netizen kerana Cik B turut memuat naik twit mengatakan dia kini sudah berpunya!




Diruangan komen, dapat dilihat majoriti netizen terkejut tapi dalam masa yang sama mengucapkan tahniah kepada mereka berdua atas perkara tersebut.





Sementara itu, ada juga yang mengatakan mungkin mereka hanya mempromosikan drama lakonan mereka yang berjudul Lelaki Lingkungan Cinta yang disiarkan di TV3.


Dalam drama tersebut menunjukkan watak yang dipegang oleh Aniq menyimpan perasaan terhadap Cik B dan boleh jadi perasaan itu dibawa ke dunia realiti!


Kalau betul pun bercinta apa salahnya kan? Rasanya dua-dua masih single dan available lagi kalau tak silap min..


Kredit : blog hotfm

Post a Comment

0 Comments