Ticker

6/recent/ticker-posts

Harga bawang naik mencanak dalam masa sehari, peniaga makanan luah rasa kesal

 


Ketika banyak negeri yang masih dikenakan PKPB, ramai yang terkesan dan dalam masa sama ada yang kehilangan kerja dan jika peniaga kecil ada yang sehari nak balik modal pun susah.

Seorang peniaga burger tentang kenaikan mendadak harga bawang dalam masa sehari menerusi halaman sosial media, Twitter miliknya semalam tular dan turut disiarkan oleh beberapa portal berita.


Peniaga itu turut mengirimkan dua gambar paparan harga bawang yang dipercayai diambil dari pembekal, sebagai perbandingan harga dengan hari sebelumnya.


Menurut hanifmz, dalam masa sehari harga bawang melonjak naik dari RM18 kepada RM27, katanya dalam keadaan Perintah Larangan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelanggan semakin kurang, namun terpaksa membayar sewa, dan bil.



Dia turut mempersoalkan mengapa menteri berkaitan tidak melakukan sesuatu bagi mengekang kenaikan harga bawang yang mendadak itu.

“Kepala hotak dia. Semalam baru naik RM18, hari ni naik RM27. Gil4lah. Mana menteri yang jaga harga barang ni? Dah lah PKPB, sewa, bil, semua kena bayar takda discount. Costumer makin kurang sebab ramai takda gaji. Mana menteri ni?” Soalnya.



Dalam ciapan yang sama, beliau sebagai pengusaha burger yang sememangnya membeli bawang menjadi salah satu rutin perniagaannya memaklumkan bahawa sebelum PKPB harga bawang berkenaan cuma RM6.50

“FYI (Buat pengetahuan anda) sebelum PKPB, harga RM6.50,” tulisnya.

Sumber : milosuam

Post a Comment

0 Comments