Ticker

6/recent/ticker-posts

SPRM rampas empat kereta terlajak mewah dipercayai milik kakitangan kerajaan Gred KP19

 



Sungguh tidak masuk akal jika hanya mengharapkan gaji bulanan semata-mata sebagai kakitangan rendah kerajaan tapi mampu memakai kereta Roll Royce Phantom, Mustang dan Range Rover.Namun itulah yang berjaya dikesan oleh pihak SPRM, menurut laporan astro awani.

Ini kerana gaji minimum seorang kakitangan kerajaan Gred KP19 ialah sebanyak RM1,360 manakala pendapatan maksimum sehingga RM4,052 tidak termasuk bayaran elaun tidak memungkinkan seseorang itu memandu kenderaan mewah.

Apa lagi kereta berjenama Roll Royce Phantom, Mustang dan Range Rover serta Audi yang dimiliki anggota yang berjawatan di gred berkenaan tentu sekali mengundang tanda tanya ramai.

Bertitik tolak pada keraguan itu, siasatan SPRM mendapati, pemilikan kenderaan-kenderaan tersebut oleh seorang kakitangan Jabatan Imigresen membawa kepada tumpasnya sindket pemlsuan cap sempadan.

Sementara itu, Anggota berkenaan kini dithan oleh SPRM bagi membantu siastan k3s berkenaan.



Menurut sumber, siastan SPRM dalam OP SELAT mendapati sindket itu telah membelanjakan jutaan ringgit bagi meny0gok pegawai dan anggota Jabatan Imigresen sejak beberapa tahun.

"Apa yang mengejutkan ialah bagaimana seorang anggota imigresen Gred KP 19 mampu memiliki empat buah kereta mewah iaitu Roll Royce Phantom, Mustang, Range Rover dan Audi.

“Kereta-kereta ini didaftarkan atas nama dua warga China yang dipercayai ejen pekerja asing China yang beroperasi di Malaysia dan dua ejen lelaki tempatan,” kata sumber itu.

Sumber berkenaan juga berkata, SPRM telah mengenal pasti identiti keempat-empat warga China itu dan rakyat tempatan yang terbabit serta sedang mengesan kesemua mereka.




Pengarah Siastan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan diangkap dan siastan akan dijalankan di bawah Sksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencgahan Rsuah Malaysia 2009 dan Akta Pengbahan Wang Haam dan Pembiayaan Kegnasan 2001.

Difahamkan, seramai 50 orang telah dithan dalam OP SELAT dan 28 daripada mereka merupakan pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.

SPRM turut mermpas wang tunai berjumlah lebih RM800,000, 26 buah kereta mewah dan empat buah motosikal berkuasa tinggi.

Sumber : astro awani

Post a Comment

0 Comments