Ticker

6/recent/ticker-posts

‘Kak Lofa tak pernah perli adik-beradik yang belum berhijab’

 



Bergelar adik kepada pelakon, pengacara, duta dan usahawan popular, Neelofa mungkin mempunyai sisi pro dan kontra.


Dilayangkan soalan, adakah terbeban memiliki kakak bernama Neelofa yang mempunyai pengaruh yang berskala besar baik dalam industri seni, fesyen mahupun keusahawanan?


Athisha hanya menggelengkan kepala. Kemudian anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan menyatakan pendiriannya: “Sha amat mengagumi Kak Lofa (Neelofa). Beliau bukan sahaja bijak dalam akademi dan penampilan, bahkan bijak berbisnes dan menyusun perjalanan karier dengan baik. Pelbagai ujian dan cabaran yang datang, Kak Lofa hadapi semua itu dengan sabar dan tabah.



“Kak Lofa sedikitpun tidak melatah, apatah lagi perlu melayan warga maya yang melemparkan kata-kata sinis. Ketenangan Kak Lofa mengendalikan apa jua situasi cukup luar biasa.


“Walaupun kini memakai niqab, personaliti Kak Lofa tetap sama. Beliau tidak pernah memerli apa lagi memaksa kami adik-beradik untuk turut sama memakai hijab sepertinya,“ luah Athisha.


Majoriti warganet nampaknya berterusan membuat perbandingan antara dirinya dan Neelofa dengan meninggalkan komen disifatkan kurang beradab.


Mendengarkan hal tersebut, remaja jelita itu dengan tenang berkata: “Kadangkala masyarakat di luar sana lebih sudu daripada kuah sehingga bertindak secara berlebihan. Walhal, beliau tidak pernah mempersendakan Sha atau adik-beradik lain yang belum bertudung.



“Sepertimana, Kak Lofa berhijrah sedikit demi sedikit, maka doakan saya untuk berada di landasan sama satu hari nanti.”


Sebelum itu, Athisha memberitahu SinarPlus, dirinya hanya mengetahui keputusan Neelofa berniqab hanya menerusi laman sosial Instagram @neelofa pada 15 Oktober lalu.


Sebagai insan yang rapat, katanya, kehidupan Neelofa yang merupakan Juara Dewi Remaja 2009/2020 selepas berniqab tampak lebih gembira dan bahagia.


“Penampilan baharu itu bukan penghalang buat kak Lofa terus bekerja dan bekerja memperluaskan jenama fesyen, Naelofar dan Nilofa (produk minuman berasaskan susu).


Sumber : sinar harian

Post a Comment

0 Comments