Ticker

6/recent/ticker-posts

Maaf, kami bukannya scammer seperti sangkaan orang ramai, kata Pengurus UGS Network Service

 


Sejak seminggu dua ni, viral di media sosial kononnya kehadiran individu berpakaian seragam berwarna hijau dan biru yang membuat kunjungan dari rumah ke rumah penduduk kampung adalah untuk tujuan menipu dan mermpak.


Bagaimanapun, tangkas menepis fitnah yang ditimbulkan, pengurus UGS Network Service (M) Sdn Bhd Cawangan Terengganu, Mohd Fardly Mat Jusoh memberitahu sinar harian, Kehadiran individu berpakaian seragam berwarna hijau dan biru yang berkunjung dari rumah ke rumah, bukan untuk merompak tetapi sekadar menjalankan kempen keselamatan dan menjual sistem keselamatan gas berkualiti tinggi.


Katanya lagi, UGS Network Service (AJL931471) merupakan syarikat jualan langsung berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak tahun 2003.


“Kami minta maaf jika kehadiran kami mengundang rasa tidak selesa tetapi tujuan kami hanya mahu memberikan kesedaran tentang kepentingan menggunakan kepala gas yang dilengkapi ciri keselamatan kepada orang ramai.



“Penerangan ini memerlukan kami menunjukkan demonstrasi agar pengguna lebih jelas sebab itu kami memohon izin masuk ke rumah,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini kelmarin.


Tambah beliau lagi, semua ejen jualan langsung UGS Network Service akan bergerak dari rumah ke rumah bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang dengan memakai pakaian seragam dan mempunyai pas pekerja yang membuktikan mereka mewakili syarikat.


kebiasaannya pada waktu itu hanya suri rumah atau warga emas yang ada di rumah manakala penghuni lain keluar bekerja.


Katanya, keadaan itu mungkin menimbulkan salah faham hingga menyebabkan mereka ditduh menipu.



“Bermula dengan satu lokasi, tuduhan itu yang tular dalam Facebook dan WhatsApp merebak ke seluruh negara sehingga orang ramai beranggapan kami adalah penipu dan per0mpak.


"Hal ini menyebabkan ejen-ejen jualan kami bimbang akan keselamatan diri untuk menjalankan kempen dari rumah ke rumah,” katanya.


Sementara itu, Pengurus UGS Network Service Cawangan Pahang, Halton Saato berkata, keadaan itu memaksanya membuat beberapa laporan polis dibuat bagi menjamin keselamatan pekerja berikutan ada antara mereka diancam.


"Kami tidak pernah memksa pelanggan untuk membeli alat keselamatan kepala gas yang dijual.


“Kepada mereka yang telah membeli produk kami, jika tidak berpuas hati dengan produk ini boleh pulangkan dan kami akan kembalikan semula wang,” katanya.


Menurutnya lagi, alat itu turut dilengkapi ciri keselamatan dan diluluskan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) bagi menjamin kesejahteraan pengguna.


Alat berkenaan juga dikatakan mempunyai perlindungan insurans dan diberi penyelenggaraan percuma sepanjang hayat penggunaan.


Sumber : sinar harian

Post a Comment

0 Comments