Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenyataan Menteri Kewangan Pasal Belanjawan 2021 hambar, berbaur ugutan, kata Anwar Ibrahim

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bayangan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai Belanjawan 2021 sebagai hambar dan berbaur ugutan.

Beliau berkata, bayangan yang dikeluarkan pada Sabtu itu juga disifatkan sebagai rencana untuk mengetepikan suara majoriti Ahli Parlimen.

"Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengetepikan suara majoriti Ahli Parlimen.



Sumber Facebook anwaribrahim.keadilan

"Saya yakin kita mampu mengemukakan Belanjawan atau pindaan yang lebih baik untuk kepentingan rakyat," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya pada Ahad.

Tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, kerajaan digesa supaya meneliti semula Belanjawan 2021.

"Seperti yang saya tegaskan ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Parlimen, soal emolumen penjawat awam, perbelanjaan mengurus dan utamanya untuk barisan hadapan serta kelengkapan perubatan dan kesihatan tetap dipertahankan.

"Saya ulangi gesaan untuk kerajaan teliti semula Belanjawan 2021. Pembangkang hanya mendukung sekiranya ia benar-benar belanjawan untuk memerangi C0VID-19," katanya.

Pada Sabtu, Tengku Zafrul berkata kerajaan tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi C0VID-19 sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.

“Bagi saya, kalau belanjawan ini dapat menolong negara kita, jadi tiada sebab untuk belanjawan ini tidak diluluskan dan ditolak (Dewan Rakyat).

“Kalau ditolak, dari segi ekonominya kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan termasuk untuk membayar bantuan kepada rakyat,” katanya.-astro awani

Post a Comment

0 Comments