Ticker

6/recent/ticker-posts

Sarah Hildebrand Tak Paksa Peminat Ikuti Dirinya Di Media Sosial Selepas Kecoh Isu Buka Tudung

 



Pelakon cantik manis Sarah Hildebrand telah dikecam dan dihentam oleh segelintir netizen selepas mengumumkan dirinya kini tidak lagi memakai tudung.


Terbaru, Sarah telah memuat naik status di laman sosial berkenaan isu ini.Menurut Sarah, dia tidak mahu memaksa sesiapa untuk menyukainya meskipun telah memilih jalan hidupnya seperti kini. Dia turut memberi cadangan supaya mana-mana individu yang sudah tidak meminati dirinya untuk berhenti mengikuti perkembangan hidupnya di Instagram.


Menyampaikan pesanan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya, Sarah menulis panjang lebar agar peminat menghormati keputusan hidupnya.


“Jika anda tak suka dengan cara hidup saya atau kepercayaan yang saya pegang, maka kita tak sependapat dan hormat-menghormati. Sekiranya anda tidak mampu untuk memahami perkara tersebut, anda boleh tekan butang unfollow..”



Meskipun begitu, isteri kepada Otto Gillen itu turut meminta pengikutnya supaya sentiasa menyebarkan perkara positif dan menjauhi kebencian.


Sumber : beautifulnara

Post a Comment

0 Comments