Ticker

6/recent/ticker-posts

KFC Tawar Promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ Mulai Hari Ini

 


Disebalik berita yang agak kurang menyenangkan rakyat Malaysia yang terpaksa melalui tempoh PKPB selama sebulan kecuali negeri Pahang, Kelantan dan Perlis.Ada satu berita baik untuk anda semua.

Jika anda peminat tegar KFC, nampaknya ini merupakan berita baik buat anda dimana rangkaian makanan segera itu menawarkan promosi ‘beli 1 kombo percuma 1 ala carte’ sempena jualan 11.11.

Promosi selama 3 hari itu akan bermula esok 9 November hingga 11 November 2020.


Promosi ini sah untuk 3 set iaitu Snack Plate, Zinger Clasic Combo dan 1-PC Rice Combo. Promosi ini boleh ditebus untuk penghantaran dan ‘self-collect’ sahaja.

Perlu diingatkan, anda perlu masukkan kod FREE2PC untuk Snack Plate, FREEZINGER untuk Zinger Classic Combo dan Free1PC untuk 1-PC Rice Combo.

Satu transaksi hanya boleh tebus satu kombo dan setiap pengguna dibenarkan menebus sebanyak 3 kali sahaja dan minimum pesanan haruslah RM15 untuk menebus promosi ini.

Post a Comment

0 Comments