Ticker

6/recent/ticker-posts

Sambut Hari Jadi Anak Tiri Sehari Lebih Awal, Izreen Azminda Sekeluarga Terima Pujian Peminat

 


Sudah agak lama rasanya kita tidak melihat lakonan pelakon versatile iaitu Izreen Azminda. Terbaru beliau ada memuatnaik gambar kepada peminatnya berkongsikan momen indah saat-saat meraikan ulang tahun kelahiran anak tirinya yang ke-6 tahun iaitu Arish Muqri.


Turut dilihat dalam update tersebut, ahli keluarga lainnya.


“Selamat Hari Jadi yg ke-6 Arish Muqri Muhammad Radzi.. Kita sambut awal sehari,” tulisnya.



Rata-rata netizen mendoakan agar hubungan mesra mereka ini kekal harmoni sampai bila-bila.





Untuk rekod bersama, pelakon ini dan suaminya Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.


Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, yang kini berusia5 bulan.


Izreen sebelum ini juga pernah berkahwin dengan pengarah, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.



Gambar: Instagram Izreen Azminda via mediahiburan

Post a Comment

0 Comments