Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya akan serahkan bahagian Baba, kata balu Mejar Mohd Zahir

 


Itu jawapan yang diberikan Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31 ketika menjelaskan keadaan dirinya yang ditduh menafikan hak bapa mertuanya, A R Badul dalam kes pembahagian harta.


Jelas Shafinar, mengenai pertikaian berkenaan insuran kelompok yang diterima, memang dia sudah menerimanya namun buat masa ini dia masih belum memberikannya kepada pihak bapa mertuanya lagi.


“Arwah suami saya memang sudah diisytihar muflis pada perkahwinan pertamanya. Jadi bila dia berkahwin dengan saya, dia memang tidak ada apa-apa harta. Tiada rumah, kereta atau pun motosikal.


“Berkenaan insuran kelompok yang dipertikai bapa mertua saya ini, memang saya sudah dapat. Cuma jumlahnya hanya RM5,000 lebih sahaja. Saya juga difahamkan yang difaraidkan adalah caruman arwah dan bukan ganjaran.


“Buat masa ini memang saya sudah bahagikan malah bahagian itu sudah saya beri kepada ibu mertua dan ibu angkat arwah suami saya. Manakala duit anak-anak arwah juga saya simpankan dahulu. Cuma bahagian baba (A R Badul) saya masih belum ada kesempatan untuk beri memandangkan kami tidak lagi berhubung,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Sementara itu ditanya mengenai hubungannya dengan A R Badul ketika ini, kata Shafinar dia tidak nafikan hubungan mereka agak renggang selepas kemtian suaminya. Malah dia juga buntu dengan apa yang berlaku memandangkan ketika ini dia menerima pelbagai tduhan tidak berasas.


“Memang ada pihak sana meninggalkan pesanan di telefon tetapi tidak perlu saya kongsikan secara terperinci, cuma apa yang boleh saya cakap perkara ini sangat memberi tekanan.


“Sebenarnya hubungan kami sebelum ini okey sahaja. Cuma selepas kemtian suami kami tidak lagi berhubung. Malah bapa mertua saya juga langsung tidak bertanyakan khabar lagi,” jelasnya.

Post a Comment

0 Comments