Ticker

6/recent/ticker-posts

“Mohon Allah Kembalikan Anak Saya Semula Ke Jalan Yang Benar” – Bapa Da’i Syed

 


Semalam hangat di laman sosial apabila dikatakan seorang pengguna twitter telah memuat naik status kononnya pendakwah dan penyanyi, Da;i Syed dikatakan telah  membawa rakan baiknya pulang ke rumah dan meragut kesuciannya.'

Bagaimanapun, Da’i Syed telah pun membuat laporan polis dan mendakwa tuduhan tersebut tidak benar sama sekali. Susulan isu itu ramai yang menghantar mesej kepada bapa Syed sendiri iaitu Seif Jamalullail.



Respon yang diberikan sangat mengejutkan apabila dia mengakui sudah mendidik Da’i Syed dengan ajaran agama namun sejak dua tahun lalu pesanannya hanya dibiarkan tanpa sebarang balasan daripada anaknya.


“Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan utk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya , namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.


“Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah swt untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Allah mengembalikan anak saya ke jalan yg benar dan diredhoi sebelum ianya terlambat,” katanya.


Akui sudah letih dengan hal tersebut, isu yang baru viral itu sudah lama berlaku namun kembali menjadi bualan sehingga ahli keluarga terkena tempias. Bapa Syed turut meminta kepada mngsa supaya membuat laporan polis dan jika benar bersalah dia tidak akan mempertahankan anaknya itu.



“Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak.. kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik²nya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan² sindiran dan ejekan dari teman² disekolah.


“Bagi mereka-mereka yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mngsa) , pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.


“Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut,” tulisnya.


Di akhir perkongsian itu, bapanya turut meminta Da’i Syed supaya meniggalkan dunia selebriti dan kembali ke jalan yang benar. Malah, dia meminta supaya anaknya tidak menggunakan agama untuk menutup kejhatan.



“Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa atau diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hin4 dari iblis.


“Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah kejalan Allah dan jalan leluhurmu.. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu,” katanya.

Kredit : Fb Seif Jamalullail via rotikaya

Post a Comment

0 Comments