Ticker

6/recent/ticker-posts

Selamat Timang Bayi Lelaki, Netizen Samakan Hidung Anak Emma Maembong Sebijik Zizan Razak

 


Belum terlambat lagi rasanya untuk kami mengucapkan tahniah kepada Emma Maembong yang telah selamat bersalin seorang bayi lelaki yang comel pada 8 november lalu.Dikatakan bayi tersebut seberat 3.2kg, suaminya Shazlin Azhar tampil mendedahkan gambar cahaya mata sulung mereka di laman sosial miliknya.



Perkongsian itu juga telah menamatkan segala teka teki dan tanda tanya peminat mengenai desas-desus isterinya dilaporkan sudah bersalin oleh beberapa portal media semalam.


Selain menitip kata-kata pujian, ada pula yang tampil bersuara dan mengutarakan pendapat bahawa hidung anak lelaki mereka mirip bekas teman lelaki Emma iaitu pelawak Zizan Razak.




Bagaimanapun, wujud segelintir pihak seakan menyelar kenyataan itu dan menyatakan bahawa bayi tersebut mengikut rupa paras bapanya yang berhidung mancung.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan Emma Maembong sudah selamat bersalin dan mengadakan majlis doa selamat serta aqiqah bayi mereka.

Untuk rekod, Emma telah sah berkahwin dengan Shazli di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pada 20 Februari lalu.

Sumber : beautifulnara

Post a Comment

0 Comments