Ticker

6/recent/ticker-posts

(Video) Panggil Suami ‘Bubu’, Netizen 'Terkejut Beruk'Ingat Mira Filzah Panggil Kucing

 


Ada saja yang dibuat Mira Filzah dan Suaminya Wan Emir jadi perhatian netizen. Untuk rekod, pasangan ini ada membuat channel youtube khas untuk berkongsikan momen-momen mereka dengan peminat setia.Ramai netizen anggap pasangan itu sangat romantis dan penuh dengan nilai kasih sayang.


Terbaru, pasangan itu sekali lagi menjadi bualan ramai apabila netizen berkongsikan di Twitter video yang dikongsikan Mira di Insta Story panggilan ‘bubu’ buat suaminya. Panggilan manja itu menjadi perhatian apabila netizen menyangkakan Bubu itu nama kucing mereka.


ada netizen mengakui turut menggunakan panggilan ‘Bubu’ kepada pasangan mereka. Malah, ada netizen menjelaskan panggilan tersebut dieja dengan ‘Boo boo’ bukan ‘Bubu’ seperti yang mereka sangkakan.



Dalam pada itu ada yang berseloroh mengatakan adakah ‘Bubu’ itu alat untuk menampak ikan dan selepas ini bolehlah memanggil pasangan dengan nama jala, jaring dan pukat. Sementara itu, ada yang tertanya-tanya apa nama manja Mira yang dipanggil suaminya.





Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments