Header Ads

Breaking

Tuesday, November 10, 2020

Taknak Lupa Tarikh Anniversary, Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Sepakat Pilih Nikah 1 Januari

 



Pejam celik pejam celik, tak sampai dua bulan saja lagi untuk pasangan selebriti popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir akan menempuhi alam perkahwinan.Menurut laporan, mereka berdua sudah mula sibuk membuat persiapan untuk memastikan hari paling bersejarah ini akan menjadi momen paling indah dalam hidup mereka.

Meskipun berdepan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Ayda berharap segala urusan perkahwinan yang dirancang dipermudahkan. Ayda berkata persiapan majlis sudah pun siap 50 peratus.




“Persiapan perkahwinan sedang kami lakukan. Alhamdulillah, persiapan pun sudah melebihi 50 peratus. Saya mohon semua pihak mendiakan agar majlis kami berjalan dengan lancar seperti yang sudah dirancang.


“Majlis perkahwinan kami akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Doakan semoga semuanya lancar,” katanya.

Mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan mereka pada 1 Januari tahun depan, Ayda berkata tarikh itu dipilih bagi memudahkan mereka mengingati ulang tahun perkahwinan. Malah, keluarga juga bersetuju dengan tarikh berkenaan.



“Majlis akad nikah akan diadakan di sebelah pagi dan majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam.


“Tarikh ini sudah pun mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga kami. Saya bersyukur keluarga merestui permintaan untuk kami mengadakan majlis pernikahan pada 1 Januari 2021 nanti,” katanya.

Kita sebagai peminat mesti tak sabar nak lihat pasangan ini disatukan bukan? Kami disini mendoakan pasangan ini bahagia selalu dan dikurniakan anak cepat-cepat ye..

sumber : rotikaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.