Ticker

6/recent/ticker-posts

Bersemut Sangat! Intan Ladyana Dan Harris Alif Dilihat Makan Bersuap

 



Ramai yang sudah tahu tentang hubungan cinta Intan Ladyana dan Harris Alif tidak perlu disangkal lagi.


Malah, perkara itu bertiup kencang selepas mereka dilihat berjumpa dengan seorang perunding perkahwinan 7 Oktober lalu.


Menguatkan lagi gosip tersebut, satu gambar yang dimuat naik pendandan rambut terkemuka menerusi laman Instagram Story miliknya telah memaparkan bibit-bibit manis antara dua pelakon itu



Beliau yang pada mulanya hanya mahu mengambil gambar makanannya secara spontan telah turut merakam saat-saat manis pasangan itu.


“I nak focus my aglio olio,” tulisnya


Terdapat juga dakwaan yang mengatakan pelakon jelita itu merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada Mac 2021.


Walau bagaimanapun menurut portal Berita Harian, Intan menjelaskan beliau lebih selesa jika kisah peribadinya tidak dikongsi kepada umum.


Sumber daripada: Instagram Aqmal.Adly via hotfm

Post a Comment

0 Comments