Ticker

6/recent/ticker-posts

(Video) Sebak Sungguh! Terpaksa Tunda Majlis Nikah, Isa Khan Menangis Depan Ibu Risteena...

 



Percintaan antara dua pasangan merpati dua sejoli ini tidak perlu diperkatakan lagi. Satu malaysia sudah tahu mengenai hubungan cinta antara Risteena Munim dan is Khan. Ramai peminat yang tidak sabar melihat mereka berdua menjadi pasangan halal.

Menerusi laporan dari portal rotikaya, pasangan ini Sepatutnya diijabkabulkan pada 21 November lalu, pasangan pelakon Risteena Munim dan Isa Khan terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka ke tarikh lain disebabkan pndemik C0VID-19.


Perkara itu dimaklumkan oleh Risteena menerusi satu perkongsian video di Instagram. Menerusi entri itu, Risteena berkata segala persiapan sudah dibuat untuk majlis tersebut namun mereka hanya mampu merancang.



“Sepatutnya saya dan Isa Khan akad nikah pada 20.11.2020 sehari selepas hari jadi saya. Segala persiapan telah pun dibuat. Tetapi disebabkan situasi pandemik yang dihadapi, majlis terpaksa ditunda ke tarikh yang baru.


“Kita hanya mampu merancang, Allah sebaik baik perancang. Kami akan bersama-sama dan akan lebih kuat dalam menjalani segala dugaan,” tulisnya.


Menerusi perkongsian itu, Isa dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata dihadapan ibu Risteena. Turut kedengaran, Isa berkata banyak dugaan ditempuhi mereka untuk menghalalkan hubungan.


Dalam pada itu, Risteena meluahkan rasa syukur dikurniakan keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan agar segala urusan perkahwinan mereka akan dipermudahkan.


“Saya bersyukur mempunyai keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan pasangan yang sangat mencintai saya. Semoga semua urusan dipermudahkan. Doakan yang baik-baik,” tulisnya lagi.

Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments