Header Ads

Breaking

Tuesday, December 15, 2020

Adik Syahmi tak sabar nak dapat kaki baharu, hari-hari tak pernah jemu berdoa...

 


Pernah disarankan untuk menggugurkan kandungan kerana komplikasi tersebut, namun wanita itu percaya dengan kuasa ALLAH dengan rezeki yang diberikan, ibu berusia 38 tahun ini enggan membuat demikian dan mahu menjaganya zuriatnya.


Alhamdulillah, berkat kesabaran dan keimanannya, kini usia Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf atau mesra disapa Cami itu sudahpun mencecah sembilan tahun dan menjadi seorang anak yang kuat, sihat dan mudah dijaga.


Beliau yang dilihat selalu berkongsi perkembangan terkini anak bongsunya itu dalam akaun Facebook dan blog, membuatkan ramai netizan sebak lebih-lebih lagi melihat semangat si kecil tersebut yang rajin belajar dan solat.



“Masa ulang tahun kelahiran pada 5 Oktober lalu, saya ada tanya Cami nak hadiah apa…mulanya saya tak faham, rupa-rupanya dia nak sama tinggi macam abangnya. Rupa-rupanya dia nak kaki sempurna.


” Hanya ALLAH saja yang tahu perasaan saya ketika itu, saya hanya boleh pujuk dia dan kata kepadanya, di syurga nanti apa yang Cami minta semuanya dapat termasuklah kaki untuk Cami buat berlari dan berjalan,” kongsinya sebak.


Tambahnya lagi, Akui berdepan alahan teruk ketika awal kandungan dan banyak menghabiskan masa berehat di bilik sepanjang kandungan tidak membuatkan ibu kepada Syed Nabil Syarifuddin, 13, ini mengeluh.


” Saya percaya dengan rezeki dan ketentuan ALLAH. Selagi nyawa dikandung badan, saya akan jaga Cami dan Nabil dengan sepenuh kasih sayang. Alhamdulillah rezeki ALLAH itu luas.



” Cami tidak sabar nak dapat kaki baharu selepas ada sebuah syarikat ingin membantu menyumbang alat sokongan. Doakan ya semuanya dipermudahkan,” katanya yang turut berkongsi berita gembira itu dalam Facebook.


Diruangan komen dapat dilihat majoriti netizen yang mengikuti perkembangan si kecil itu tidak putus-putus menitipkan doa supaya semua yang diusahakan berjaya.


Sesungguhnya setiap ujian ALLAH itu ada hikmahnya. Semoga adik Cami terus kuat berjuang dan menjadi anak yang soleh untuk keluarganya.


Sumber : sinar harian plus

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.