Ticker

6/recent/ticker-posts

Anak Azhar Sulaiman Mohon Maaf Selepas Dituduh Riak Tayang Perbelanjaan Bulanan

 


Sejak kebelakangan ini hangat di aplikasi TikTok trend merakam video cabaran menunjukkan perbelanjaan bulanan kepada orang ramai. Anak kepada pelakon itu juga turut tidak melepaskan peluang menyahut cabaran tersebut.


Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen serta menyifatkan Leona seolah tidak sens1tif dengan situasi semasa dimana ramai yang susah dan berdepan masalah kewangan susulan pandemik C0VID-19.

Sudah pun memadam video berkenaan, Leona tampil memuat naik status bagi menjernihkan keadaan selepas dik3cam teruk oleh netizen berikutan video tersebut.


“Saya dah ulang banyak kali, duit itu adalah 100% hasil dari titik peluh saya dan ibu bapa saya tidak beri saya duit belanja dah. Saya rasa tidak perlu saya jelaskan tentang perbelanjaan saya malah, bukan saya yang mulakan trend TikTok tersebut,” tulisnya di Twitter.


Menyedari tindakannya itu menggvris hati banyak pihak, Leona memohon maafdi atas perkongsian video tersebut.


“Saya mengaku yang TikTok saya mungkin tidak kena/tidak sens1tif dan saya meminta maaf tentang itu. Saya dah memadamnya semalam setelah sedar dan ya jika kamu berasa tidak selesa dengannya, saya minta maaf,” katanya.

Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments