Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen respect sebab tetap tenang walaupun kena marah dengan isteri teman lelaki, rupa-rupanya ini yang berlaku...

 


Seperti yang berlaku oleh gadis ini, dia dis3rang oleh seorang wanita yang mengaku isteri kepada kekasihnya. Meskipun diberi amaran oleh wanita tersebut, gadis itu dilihat tetap tenang dan cuba mengawal perasaan.


Wanita itu turut meminta agar berhenti mengganggu rumah tangga mereka, gadis tersebut hanya mengangguk faham permintaan wanita tersebut. Meskipun tenang, namuan riak mukanya di sebalik face mask itu jelas kelihatan dia sedang menahan perasaan sedih dan kecewa.


Kemudian wanita itu menyuruh gadis itu mengikutnya sehingga ke kereta dan membuka pintu. Kelihatan beberapa hadiah seperti belon, coklat dan teddy bear yang dikeluarkan dari kereta itu.


Menerusi video berdurasi hampir 3 minit itu, wanita tersebut sebenarnya merupakan surprise planner dan telah berpakat dengan boyfriend gadis itu untuk memberi kejutan.


Gadis itu kemudiannya terkejut dan menangis apabila mendapat tahu segala drama itu hanyalah prank semata-mata yang dirancang oleh kekasihnya.


Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji reaksi tenang gadis tersebut serta pendiriannya yang tidak mahukan suami orang.


Malah, ada yang meluahkan rasa kasihan dengan gadis tersebut dan tidak membayangkan jika mereka berada ditempatnya ketika itu.



Dalam pada itu, rata-rata netizen mengatakan gadis itu beruntung kerana mempunyai kekasih yang baik serta mendoakan agar perhubungan pasangan itu kekal hingga ke jenjang pelamin.

Sumber : gulapop


Post a Comment

0 Comments