Header Ads

LightBlog

Breaking

Saturday, December 12, 2020

Atuk 60 tahun report polis selepas kecewa cinta dipermainkan remaja 16 tahun

 



Penafian : Gambar sekadar hiasan

Sudah menjadi lumrah manusia yang dijadikan berpasang-pasangan.Pasanganlah yang akan melengkapkan hidup seseorang, jika dipertemukan dengan mereka yang menerima diri kita seadanya.Tapi jika dah bukan jodoh, terpaksalah kita redha.

Seorang lelaki yang berusia 60 tahun meluahkan kekecewaannya apabila cintanya dipermainkan oleh seorang gadis berusia 16 tahun.

“Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”





Begitu luahan seorang lelaki warga emas,  yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak mengh1na dan mem4ki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.


Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.







“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.


“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya.





Sumber:heboh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.