Header Ads

Breaking

Saturday, December 12, 2020

Netizen mula meluat tengok Neelofa dan PU Riz?

 



Pasangan merpati dua sejoli ini sudah pun mengikat tali pertunangan tempoh hari. Ramai netizen terutamanya peminat pasangan ini sudah tidak sabar ingin melihat mereka berdua disatukan nanti. Pasti kemeriahannya akan terserlah nanti maklumlah dua-dua mempunyai peminat tersendiri.


Baru-baru ini, Neelofa dikatakan tersasul memanggil Riz dengan panggilan “sayang” dalam sebuah program “live” yang sedang dianjurkan. Gara-gara tersasul ini, Neelofa kelihatan tersipu-sipu dan cepat-cepat pula menukar topik yang lain.



Dalam instagram yang dikongsikan, rata-rata peminat turut meraikan kebahagian yang dipamerkan Neelofa dan Riz, maklumlah, tak lama lagi mereka akan disatukan, mestilah hati masing-masing sedang berbunga-bunga dan tak sabar untuk melayari bantera rumah tangga.


Namun melihat komen- komen yang meyokong pasangan ini, kelihatan seperti netizen pula yang tak sabar-sabar ya?



Walaupun majoriti netizen menyokong pasangan ini, ada segelintir netizen dilihat menulis komen kononnya meluat dengan pasangan ini.



Bagi admin, sudah menjadi lumrah dalam kehidupan mereka yang bergelar idol/personaliti, dalam ramai-ramai yang menyokong pasti ada segelintir yang akan menentang. Yang penting kita teruskan dengan apa yang dirasakan betul. Susah untuk memuaskan hati semua orang,...


Sumber : apaceritatv

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.