Ticker

6/recent/ticker-posts

Betulkan tudung Mira Filzah, Wan Emir dipuji netizen sebab pandai jaga aurat isteri

 


Kisah rumah tangga pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah serta suaminya Wan Emir Astar sentiasa menjadi bualan ramai peminat tanah air.


Malah, apa sahaja video perkongsian pasangan itu di laman YouTube mereka pasti akan menjadi perhatian netizen. Rata-rata netizen suka melihat pasangan itu yang disifatkan sangat romantis dan penuh kasih sayang.



Baru-baru ini, pasangan itu ada memuat naik video melakukan wardrobe challenge. Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila disaat Wan Emir membetulkan tudung isterinya supaya tidak menampakkan aurat.


Melihatkan tindakan Emir itu, rata-rata netizen memuji Wan Emir seorang suami yang bertanggungjawab dan menyifatkan Mira seorang wanita yang bertuah kerana memiliki lelaki yang tahu menjaga isterinya.


Dalam pada itu, rata-rata peminat suka dengan telatah mereka berdua yang tampak romantis dan serasi bersama serta tidak sabar untuk melihat video mereka seterusnya.


Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments