Header Ads

Breaking

Sunday, December 6, 2020

Anak dan ibu mentua Syafiq selamat dikebumikan malam ini

 



Jenazah ibu mentua dan bayi lelaki pemain skuad kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai, Kampung Padang Pusing di sini malam ini.


Kedua-dua jenazah, Muhammad Aisy Saqeef yang baharu 22 hari dilahirkan, dan Zainab Wahab, 46, dikebumikan dalam satu liang lahat pada pukul 8.25 malam.

 

Sebelum itu jenazah tersebut tiba di kediaman keluarga isteri Muhammad Syafiq, Nur Amalina Norain, 25, di Kampung Padang Pusing di sini pada pukul 5.55 petang.


Jenazah berkenaan kemudian disembahyangkan di rumah keluarga Nur Amalina sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.








 Muhammad Syafiq memangku jenazah anaknya sambil mengiringi jenazah ibu mentuanya ke tanah perkuburan.


Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dan ahli keluarga serta penduduk kampung.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi ini, Muhammad Syafiq yang juga penyerang pasukan JDT terlibat dalam kemlangan yang meng0rbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap.


Keml4ngan turut mengakibatkan ibu mentua Muhammad Syafiq, Zainab dan warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an meninggaI dunia.


Sementara, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak, Aaira Nur Saffiya, ced3ra ringan manakala isterinya, Nur Amalina dilaporkan ced3ra par4h. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.