Header Ads

Breaking

Friday, December 11, 2020

Bolehkah Fahad kahwin dengan Amanda dan Amani Yang Merupakan Adik-beradik? Peguam ini rungkai kekusutan drama 'Cinta Sekali Lagi'

 


Drama akasia yang melibatkan kisah tiga segi kali ini ternyata mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana ianya melibatkan adik-beradik kandung.Drama cinta sekali lagi menjadi fenomena dan bualan hangat netizen di media sosial. Rata-rata bengang dengan Amani yang tergamak buat apa saja untuk kesenangan dunia dan karakter Amanda yang terlampau slow walaupun dia yang terpaksa menangis.


Bagaimanapun ramai netizen yang masih was-was dengan isu Fahad yang berkahwin dengan Amanda dan selepas itu berkahwin pula dengan Amani walaupun selepas kakaknya itu diceraikan. Seorang pengguna facebook yang juga merupakan seorang peguam telah merungkai persoalan ini.


Ikuti ulasan dari tuan Fahmi Ramli.

Halal kahwin adik dan kakak serentak?

Ada satu drama di TV3 yang saya baru lepas tonton. Tajuknya Cinta Sekali Lagi. Biasanya saya jarang tengok drama, apatah lagi waktu Maghrib pulak tu. Senang tengok online, tak ada iklan. 


Saya disuruh tengok oleh isteri saya, katanya drama ni menarik sebab watak Amani lakonan Hanah Delisha yang cuba rampas abang iparnya untuk jadi suami. Caranya, memfitnah kakaknya sendiri sehingga diceraikan.


Saya terbaca beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh netizen, khususnya mengenai soal memendekkan masa eddah bekas isteri.



Ada yang tanya, kenapa perlu suami tu tunggu habis eddah isteri, baru boleh kahwin dengan wanita lain?


Bukan ke dah cerai, jadi, boleh la kahwin dengan wanita lain kan?


Kalau nak tunggu eddah orang mengandung, bukankah lama kalau nak tunggu dia bers4lin jika baru dua bulan sahaja tempoh mengandung?

Ada tiga (3) keadaan si suami perlu menunggu habisnya tempoh eddah isterinya.

Antaranya adalah :

❤️ Apabila seseorang lelaki yang telah menceraikan salah seorang daripada isterinya yang keempat dan ingin berkahwin dengan isteri yang kelima. Dalam hal ini, lelaki tersebut hendaklah menunggu sehingga tamatnya tempoh iddah isterinya yang diceraikan tersebut.

❤️ Seseorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan talak tiga. Dalam keadaan ini, sekiranya lelaki tersebut ingin berkahwin semula dengan bekas isterinya, maka dia hendaklah menunggu sehingga isterinya berkahwin dengan lelaki lain, melakukan persetubuhan dengan suaminya yang baru, bercerai dan tamat iddah dengan suami yang baru dikahwininya tersebut.



❤️ Apabila seseorang lelaki yang telah pun bercerai dengan isterinya dan ingin mengahwini perempuan yang mahram dengan bekas isterinya seperti saudara perempuan kepada bekas isteri, ibu saudara kepada bekas isteri, anak saudara kepada bekas isteri dan lain-lain. Dalam situasi ini, lelaki tersebut hendaklah menunggu tempoh iddah isterinya berakhir terlebih dahulu.


Daripada ketiga-tiga keadaan ini, maka terjawablah situasi yang berlaku dalam drama tersebut iaitu lelaki yang hendak mengahwini saudara perempuan bekas isterinya, perlu selesaikan eddah bekas isterinya terlebih dahulu.


Bagi lelaki yang nak kahwin dengan wanita lain dalam tempoh eddah isteri, dia perlu memohon kebenaran poligami di Mahkamah. Cuma situasi ini tak boleh dipakai bagi lelaki yang nak mengahwini saudara perempuan bekas isterinya. Haram hukumnya dalam Islam.


Jadi, betullah tindakan Fahad yang menunggu habisnya eddah Amanda untuk kahwin dengan Amani. Cuma, yang tak bagusnya adalah tindakan Amani menolak kakaknya Amanda secara sengaja sehingga jatuh keguguran sewaktu mengandung tersebut. Maka, tamatlah tempoh eddah yang dilalui Amanda. Bijak tapi kejam.


✅ Tahukah anda?

Satu fakta yang saya nak kongsikan, di dalam Islam, tidak boleh dikumpulkan adik dan kakak dengan seorang suami serentak. Namun, pada zaman dahulu, Nabi Yaakub a.s adalah Nabi yang dibenarkan Allah melalui Syariat ketika itu yang berkahwin kakak dan adik serentak.

.

Nabi Yaakub dikahwini bapa saudaranya dengan anak perempuan sulung bernama Laiyah terlebih dahulu dan kemudian berkahwin dengan Rahil yang cantik iaitu ibu kepada Nabi Yusuf a.s. 

.

Tapi ingat, Syariat pada ketika itu sahaja yang dibenarkan untuk kahwin kakak adik sekaligus tanpa menceraikan salah satunya.

Siapa tengok cerita ni? Ada yang geram juga ke? Mintak pandangan anda boleh?

kredit fb : Fahmi Ramli

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.