Ticker

6/recent/ticker-posts

Neelofa Tersasul Panggil PU Riz ‘Sayang’ Semasa Buat IG Live

 





Baru-baru ini, pasangan itu membuat IG Live untuk mempromosikan program menjana pendapatan khusus untuk suri rumah dan pelajar yang ditubuhkan atas usaha mereka bersama.

 

Namun, apa yang menarik perhatian netizen, ketika siaran langsung itu, Neelofa secara tidak sengaja tersasul memanggil PU Riz dengan panggilan ‘sayang’.

Sedar akan tindakannya yang tersaul itu, Neelofa hanya mampu ketawa dan terus mengubah topik.

 


Sementara itu, Momen itu tular di media sosial dan rata-rata peminat teruja apabila mendapat tahu panggilan manja Neelofa buat PU Riz. Malah, ramai yang memuji kecomelan Neelofa dan tidak jemu menonton berulang kali.



Terdahulu mengikut sumber, mereka dijangka akan disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah pada Mac tahun hadapan.



Sumber : gulapop

Post a Comment

0 Comments