Ticker

6/recent/ticker-posts

Cincin berlian, hadiah 'tanda janji setia' saya dan Shalma, kata Ismail Izzani

 


Penyanyi Ismail Izzani menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada kekasihnya yang juga penyanyi Shalma Eliana sebagai tanda janji 'setia'.


Hadiah berkenaan diberi berikutan Shalma bakal menyambung pengajiannya ke luar negara untuk tempoh dua tahun. 


Ismail berkata, dia  menolak tanggapan ramai jika ada yang mendakwa cincin itu untuk majlis pertunangan mereka. 


"Jangan salah anggap. Dia akan bertolak ke luar negara untuk menyambung pengajian sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun.



"Cincin ini diberikan sebagai tanda cinta kami berdua. Kami belum lagi bertunang, Insha-Allah satu hari nanti. Terima kasih atas doa kalian," katanya dalam satu perkongsian di Instagram Story. 


Terdahulu Ismail berkongsi foto cincin dan video dia bersama Shalma ketika menikmati makan malam di sebuah restoran. 


Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ismail turut berkongsi dia sudah berhabis lebih RM1,000 bagi mendapatkan sut lengkap untuk makan malam istimewa itu. 


Pasangan itu turut melakukan cabaran spontan dengan mencari pakaian bersesuaian untuk majlis makan malam mereka di sebuah pusat beli belah di Damansara dalam masa 30 minit. 



Menurut Ismail, dia mengakui sudah lama tidak meluangkan waktu bersama kekasihnya, Shalma disebabkan kekangan kerja. 


"Sejak kebelakangan ini kita jarang dapat meluangkan waktu bersama sebab kekangan kerja. 


"Kita berdua juga melalui detik jatuh bangun bersama dalam melayari perhubungan ini. Saya cintakan awak. Hampir dua tahun kita bersama dan akan terus menghitung hari bahagia bersama," katanya.


Sumber : harian metro

Post a Comment

0 Comments