Ticker

6/recent/ticker-posts

Isteri orang menyorok dalam almari elak kantoi khalwat dengan kekasih

 


Seorang wanita berstatus isteri orang berusia 41 tahun sanggup bersembunyi di dalam almari pakaian untuk mengelak daripada ditngkap khaIwat di rumah sewa kekasihnya di Taman Selasih, di sini pada Jumaat.


Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin berkata, serbvan dibuat pada jam 3.40 petang oleh imam dan pegawai Masjid Taman Selasih selepas mendapat maklumat awam serta akaun media sosial milik lelaki itu yang sering memuat naik hubvngan intlmnya bersama beberapa isteri orang.


Katanya, selepas salam diberi pintu rumah berkenaan dibuka oleh seorang lelaki India yang turut menyewa di rumah terbabit.


"Pemeriksaan lanjut kemudiannya dibuat di bilik yang ditanda dengan nombor 2 dan menemui lelaki itu di dalam bilik berkenaan, manakala teman wanitanya sedang bersembunyi di dalam almari di bilik yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Menurutnya, siasatan lanjut mendapati wanita yang berasal dari Pendang itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak, manakala lelaki yang berusia 26 tahun dan berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu masih bujang.


"Memandangkan kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan mahram jadi mereka dit4han mengikut Sksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jen4yah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhaIwat.




"Pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk dibuat laporan sebelum diserahkan kepada pegawai penguat kuasa pejabat agama untuk tindakan lanjut," katanya.


Sumber : sinar harian

Post a Comment

0 Comments