Ticker

6/recent/ticker-posts

Tidak wajar haramkan POLlGAMI tapi biarkan ZlNA, kata Dr Mohammad Nidzam

 


Terdapat sesetengah pasangan yang tidak membenarkan pasangannya untuk berp0ligami tetapi sanggup membiarkan pasangannya bergelumang dengan penzin4an.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir bagaimanapun berkata, seseorang isteri itu perlu merenung situasi itu sedalam-dalamnya.


"Mana lebih baik sama ada membenarkan suami p0ligami atau membiarkan pasangannya itu berzlna.

"Ada individu yang tidak berp0ligami dan mempunyai seorang isteri tetapi terlibat dengan zlna. Adakah kita mahu membiarkan masyarakat terus terjebak dalam budaya zlna asalkan tidak berp0ligami.


"Jadi mana lebih baik, berp0ligami yang harmoni dan terkawal serta patuh pada syariat ALLAH SWT berbanding pasangan kita terlibat dengan perzlnaan," katanya.


Beliau berkata demikian selaku panelis program Wacana al-Quran bertajuk 'Kongsi Kasih: Mampukah Adil' surah al-Nisa ayat 3 yang berlangsung di Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.


Turut menjadi panelis ialah pendakwah bebas, Kapten Mohd Asri Abdul Khalek.


Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail pula bertindak sebagai moderator manakala qari jemputan, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman memperdengarkan bacaan surah al-Nisa ayat 3.


Sementara itu, Mohammad Nidzam berkata, terdapat dua perkara yang perlu dititik beratkan apabila mengulas mengenai berp0ligami iaitu mengawal dan mengharamkannya.

Gambar hiasan


"Saya bersetuju dalam bab mengawal p0ligami supaya ia dapat berjalan dengan baik berdasarkan apa yang dijelaskan ALLAH SWT.


"Tetapi apabila menyentuh perihal mengharamkan p0ligami ini, ia agak berat. Kalaulah penentangannya sehingga tahap mengharamkan pollgami, ia dikira seperti sudah menentang syariat ALLAH SWT," kata beliau.


Menurutnya, al-Quran juga sudah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya mengenai isu berp0ligami supaya ia tidak dipandang serong dan disalah ertikan.


"Dalam Islam, pensyariatan terhadap pollgami itu wujud. Islam mengikat berpollgami itu dengan asas keadilan.


"Jika tidak mampu untuk berpollgami dan tidak berkemampuan untuk adil, maka berkahwinlah satu sahaja," katanya.

Sumber : sinar harian

Post a Comment

0 Comments