Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Hiraukan Kata Orang, Ini Komen Datuk Pedas Khatijah Ibrahim Buat Noraniza Idris Malam Tadi

 



Berakhir sudah Gegar Vaganza musim ketujuh malam tadi dengan semua keputusan pun sudah diketahui. Tahniah kepada pemenang.


Datuk Khatijah Ibrahim ada memberikan komen dan nasihat sejurus Noraniza Idris selesai membuat persembahannya.


Tambah Khatijah, mereka tidak tahu apa yang dilalui seseorang penyanyi itu dalam menempuhi fasa sebagai selebriti.


“Tadi ibu (Datuk Khatijah) ada tengok Ani (Noraniza) punya klip dan sebagainya. Pada ibu Ani, apa sahaja di luar sana jangan hiraukan.



“Ini kita punya karier, ini kita punya industri, orang yang tidak di atas pentas dia tidak tahu apa yang kita alami.


“Jadi ‘move on’ dan anda telah berikan yang terbaik,” katanya.


Terdahulu, Datuk Syafinaz Selamat yang sekali lagi diundang sebagai juri jemputan pula menyifatkan persembahan daripada penyanyi Dikir Puteri itu lebih baik berbanding minggu sebelumnya.


“Malam ini Ani ‘balas dendam’ nampaknya. Jika minggu lepas kita nampak Ani ‘struggle’, akan tetapi pada malam ini, kita nampak Ani memang di dalam elemen Ani. Relak, enjoy memandang ini perupakan Ani punya ‘forte’ dan kita memang nampak kekuatannya di situ.



“Nilai estetika suara seseorang itu adalah berdasarkan kepada pendengaran masing-masing. Jadi pada saya, apabila anda berada di dalam elemen yang anda gemar dan suka, sudah tentu anda boleh mengeluarkan sisi terbaik..


“Faktanya juga, Ani sebagai seorang penyanyi yang berpengalaman, berdiri di pentas GV dan mempertaruhkan diri anda seorang pejuang muzik tradisional dan melakukan perkara-perkara yang anda lakukan, i ‘salute’ you for that,” katanya.


Noraniza pada masa sama turut meminta Datuk Ramli MS untuk memberikan reaksi terhadap persembahannya pada malam itu.

Post a Comment

0 Comments