Header Ads

Breaking

Monday, December 14, 2020

Saya Tidak Bermaksud Nak Singgungkan Hati Mana-Mana Pihak…, Cliff Umar mohon maaf

 


"Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak buat mana-mana pihak terasa hati,".


Demikian jawapan penyanyi, Cliff Umar ketika diminta mengulas mengenai kata-katanya yang menganggap pelitup muka membuat rasa tidak selesa ketika diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 7 (GV7) sebentar tadi.


Cliff ketika ditemui pada sesi sidang media berkata, pelitup muka itu mengganggunya untuk memberikan ucapan kemenangan.


"Saya maksudkan pelitup muka itu mengganggu, apabila saya nak bercakap dan berikan ucapan.


"Bukan ia mengganggu atau saya tidak bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP)," katanya kepada Harian Metro.




Kata-kata Cliff itu mula menuai ciapan di pelbagai platform media sosial apabila dianggap tidak menjaga sensitiviti banyak pihaj terutamanya barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan mengikut SOP.

Cliff Umar dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh, sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Juara secara automatik menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi iaitu wang tunai sebanyak RM2,000 dan tajaan barangan Adabi selama satu bulan.



Naib juara menjadi milik yang Muss memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Ayu Damit terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi masing-masing.

Sementara Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Oja dan Ashira yang menduduki tempat keempat, kelima, keenam dan ketujuh tidak pulang dengan tangan kosong serta masing-masing membawa pulang RM20 ribu, RM15 ribu RM10 ribu dan RM5,000 berserta trofi.-metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.