Ticker

6/recent/ticker-posts

"Kakak elok pakai purdah, adik pula belanja netizen" - Netizen kecam gambar Ameera Khan dengan aksi bercangkung

 


Siapa yang tidak kenal dengan Ameera Khan, adik kepada selebriti dan usahawanita berjaya Neelofa ini.Instafamous dengan jumlah pengikut Instagram yang mencecah sejuta! Dirinya mendapat perhatian umum kerana penampilan, alat solek dan fesyen yang digayakan.


Mendapat jolokan nama ‘The Next Kardashians’ kerana gaya hidupnya yang dikatakan persis ahli keluarga selebriti popular Hollywood, Kardashians iaitu Kylie Jenner.

Bertindak memuat naik sendiri foto dirinya mempamerkan “posing” seakan duduk bercangkung sambil mengenakan busana serba ketat berwarna “nude”, selebriti, Ameera Khan kini raih perhatian netizen.


Jelas kelihatan penampilan Ameera kini seakan persis model antarabangsa kerana aksi yang ditonjolkan dilihat sangat luar biasa.



Difahamkan, foto itu diambil sewaktu Ameera menjadi duta kepada salah sebuah jenama produk rambut tempatan.


Bagaimanapun, posting tersebut mendapat perhatian ramai netizen dan rata-rata mengecam tindakan Ameera Khan itu.



Walaupun ramai yang mengecam, ada juga segelintir peminatnya mendoakan agar suatu hari nanti si cantik manis ini  mengikut jejak langkah kakaknya yang telah berhijrah kearah yang lebih baik.insha allah.. amin


Sumber : beautifulnara

Post a Comment

0 Comments