Ticker

6/recent/ticker-posts

“Kalau Nak Cari Isteri, Cari Yang Putih” - Tunang Dayana Roza Buka Mulut Pesanan Arwah Nenek

 


Setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin semestinya kita akan pilih siapa yang kita rasakan paling terbaik dan sesuai dengan kita, ye lah nak kahwin ni bukan macam beli ikan kat pasar, kalau boleh kahwin ni sekali je seumur hidup.

Tunang kepada pelakon Dayana Roza, A’dale Adham menyifatkan bahawa bakal isterinya itu merupakan wanita yang cukup sempurna di matanya.


Bahkan, atas sebab itu jugalah dia sanggup berusaha cuba memenangi hati Dayana biarpun pernah ditolak lamarannya untuk menjadikan pelakon tersebut sebagai isteri beberapa tahun sudah.


“Orang kata, kalau ibarat kereta tu, memang ikut spesifikasi yang saya mahukan.


“Cuma, bunyi tu yang saya kena tukar sikit. Malah, saya pernah cakap dengan dia ‘ingat, satu hari nanti saya akan kahwin dengan awak juga’,”


Menurut A’dale lagi, dia juga memilih Dayana kerana mengikut kriteria seperti yang dipesan oleh arwah neneknya.

 

“Sebelum ni, arwah nenek kata kalau nak cari (isteri), cari yang putih. Dayana pun putih, jadi, okaylah tu.


“Paling penting, dalam banyak-banyak perhubungan sebelum ni, dia seorang sahaja yang tahan dengan hobi saya yang suka memancing sebab hobi saya ini agak lasak. Saya suka laut, belayar,” ceritanya.


Semalam, Dayana, 29, mengikat tali pertunangan dengan A’dale, 33, selepas mereka mula menjalin hubungan cinta sejak awal tahun.



Bagaimanapun, pasangan itu mengakui sudah berkawan sejak enam tahun lalu menerusi seorang rakan.


Pasangan itu dijangka melangsungkan majlis pernikahan pada pertengahan Disember nanti.

 

Saksikan drama lakonan Dayana Roza di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.


Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!


Sumber: gempak

Post a Comment

0 Comments