Ticker

6/recent/ticker-posts

Masuk KLCC Pertama Kali Aku Naik Tangga Bergerak, Aku Jatuh, Wani Comel kongsi luahan hatinya... sungguh sayu

 


Wani Comel berkongsi luahan hatinya mengenai insan sekeliling yang banyak berjasa dalam kehidupannya.

Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dia berasa bertuah apabila dirinya didatangkan dengan insan yang benar-benar ikhlas ingin membantunya.

"Aku bersyukur dikelilingi orang-orang yang baik dan tak pernah berkasar dengan aku. Sanggup dari jauh bersusah-payah ambil aku.


"Aku rasa seperti duduk dengan kakak dan abang aku sendiri. Aku dijaga bak adik kandung sendiri," luahnya menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.

Bahkan menurut Wani, ketika kedatangannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini, dia dilayan cukup baik.

Biarpun berdepan dengan kekurangan fizikal akibat masalah berat badan melampau, dirinya sedikit pun tidak berasa terasing.

"Dibawa berjalan-jalan tengok KLCC, bawa aku pergi makan, belikan aku kasut, beli barang keperluan aku tanpa berkira sama ada mahal atau murah.



"Tak pernah sikit pun malu bawa aku keluar walau aku gemuk, pakaian buruk.

"Aku ingat lagi masa masuk KLCC pertama kali aku naik tangga bergerak dan aku jatuh. Abang-abang dan kakak-kakak akulah yang pegang tangan aku dan tarik aku," ceritanya.-gempak

Post a Comment

0 Comments