Ticker

6/recent/ticker-posts

Peguam pendakwah selebriti mahu tindakan tegas kepada pengadu buat laporan palsu

 



Polis diminta mengambil tindakan tegas ke atas pengadu dalam kes rog.ol dan c4bul melibatkan pendakwah selebriti sekiranya wujud unsur laporan palsu.


Peguam kepada pendakwah muda berusia 25 tahun itu, Syed Amirul Syed Edros berkata, polis perlu berlaku adil kepada kedua-dua pihak dalam menyiasat dan mengadili sesebuah kes.


“Saya berharap polis bukan sahaja memberikan status tiada tindakan lanjut (NFA) kepada dua laporan polis rogl dan ca.bul terhadap anak guam saya.


“Saya juga harap sekiranya terdapat unsur laporan palsu dalam kedua-dua laporan NFA, ambil tindakan kepada pengadu kerana kita juga selain menegakkan hak hak mangsa sekiranya berlaku jenyah, kita juga hendak menegak hak anak guam saya.

“Kita takut ada pihak yang sengaja membuat laporan untuk menambah serta memburukkan lagi keadaan anak guam,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Petaling Jaya selepas proses reman ke atas suspk selesai hari ini.



Ujar Syed Amirul, tindakan itu penting kerana orang awam sentiasa menganggap sekiranya laporan polis dibuat ia bermakna anak guamnya bersalah.


Terdahulu, pendakwah selebriti itu dibawa ke mahkamah 10.30 pagi tadi dengan keadaan tangan digari dan berpakaian lokap warna ungu sebelum di bawa ke bilik reman.


Penolong Pendaftar, Siti Mazrah Mohamad membenarkan perintah reman lima hari sehingga 11 Disember 2020 untuk polis menyiasat suspk di bawah Sksyen 376 Kanun Kesksaan kerana mer0gol.



Siasatan berkenaan bersabit laporan polis seorang guru sekolah berusia 22 tahun yang didakwa menjadi mangsa r0gol suspek apabila didakwa diajak menyambut hari jadinya di sebuah restoran di Shah Alam sebelum dipujuk ke rumahnya di Damansara Perdana dan dir0gol.


Mangsa membuat laporan polis pada 30 November lalu di Balai Polis Damansara mengenai kejadian yang menimpa dirinya pada 22 Oktober lalu.


Setakat ini, lapan laporan polis diterima polis daripada lapan mangsa berlainan manaka dua laporan polis rogl ke atas susp3k berkenaan berstatus NFA iaitu satu di IPD Shah Alam dan satu lagi di IPD Subang Jaya.


Menurut Syed Amirul, anak guamya dilepaskan dengan jaminan polis setelah direman selama 10 hari oleh Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sebelum ditahan semula segera oleh pegawai dari IPD Petaling Jaya berkait satu lapran polis berkaitan siasatan mengikut Sksyen 376 kanun kesksaan dakwaan mergol.



Jadi, katanya, apabila sebelum habis 24 jam selepas ditahan semalam, anak guamnya dibawa ke mahkamah hari ini dan direman.


Beliau dalam masa yang sama turut mengulas mengenai komen orang awam mengenai kenyataan polis mengenai siasatan kes berkenaan.


“Saya cuma nak bantu pemahaman orang awam bahawa apa yang diberitahu pihak polis termasuk maklumat berkaitan orang kena sabit kononnya memberitahu mangsa dia pengamal perubatan Islam dan ada guna minyak pengasih dan sebagainya serta mangsa pula dibawa ke rumah dan ditingalkan Grab sebagainya belum dibuktikan di mahkamah.


“Orang awam perlu faham bahawa kenyataan spesifik sebegitu belum menjadi fakta dibuktikan dan diuji di mahkamah sebelum menerima sebagai keterangan untuk menyabitkan pendakwah dengan mana mana kesalahan.


“Untuk setiap laporan sudah tentulah ada pengadu membuat laporan dan kita harap orang awam tak terima laporan-laporan ini sebagai bukti bahawa anak guam saya bersalah.


“Dia direman hanya untuk membantu siasatan polis kerana polis setelah menerima laporan perlu siasat kes sehingga selesai dan hasilnya barulah dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk dituduh atau sebaliknya,” tegasnya.-MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments