Ticker

6/recent/ticker-posts

Michael Ang Bengang Dengan PU Sebab Beri Komen Pasal Kamal Lamar Uqasha Sewaktu AME2020

 


Momen yang pasti akan dikenang pada AME2020 yang baru melabuhkan tirainya sehari dua yang lalu adalah apabila pelakon Kamal Adli membuat lamaran secara terbuka kepada kekasih hatinya, Uqasha Senrose.

Ramai yang ingatkan ianya hanyalah gimik tetapi sebenarnya ianya memang betul-betul berlaku.


Pun begitu, PU Rahmat Ikhsan menegur trend masa kini iaitu melamar secara terang-terangan melibatkan ramai khalayak.Menurut PU Rahmat ada beberapa sebab Islam tidak menggalakkan lelaki melamar wanita di restoran atau pentas



Sehubungan dengan teguran dari PU tersebut, Michael Ang tampil mempertahankan tindakan pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose.Menurutnya lagi apa yang dilakukan Kamal adalah untuk menghalalkan hubungan cinta mereka.

Pemilik nama Michael Ang Hai Swee turut meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan Pencetus Ummah (PU) yang mengulas tentang pelakon drama Perempuan Tanpa D0sa ini.

"Bagi saya 'sweet'. Sekurang-kurangnya Kamal ajak Uqasha bina masjid. Bukan ajak buat maksiat.

"Saya tak faham dengan PU ni. Cepat saja nak komen pasal artis. Sebab apa? Nak cepat popular.

"Tetapi kalau bab-bab seangkatan korang, senyap ja. Pasal ustaz ke PU tunjuk bebird tu.

"Pasal cerai isteri masa mengandung. Yang pasal kena ditud0h kes ro.g0l. Tak faham aku kenapa eh?



"Kalau nak popular, buat benda baik contoh Ustaz Ebit Lew. Bukan setakat dikenali, malah orang sanjung lagi," katanya menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Instagram (IG).

Justeru itu, Michael mendedahkan dia menerima komen car0tan daripada segelintir netizen yang mendakwa apa yang terjadi akibat Kamal dan Uqasha berkawan dengannya.

"Yang netizen ini saya tak faham. Hantar direct message (DM) lepastu c4rut saya. Inilah jadi bila orang Melayu kawan dengan orang Cina.

"Eh ingat saya ajar semua benda ni? Tak kisah nak kata saya pertahankan Kamal dan Uqasha sebab mereka geng saya. Tetapi memang saya rasa PU suka tumpang populariti," katanya lagi.


Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen tidak setuju/sekepala dengan Michael Ang berkenaan isu ini. Tambah mereka lagi apa yang PU Rahmat tegur itu adalah perkara yang betul, ada juga yang menyelar golongan artis yang dilihat semacam tidak boleh ditegur semua nak buat ikut kepala diorang je. 


Apa yang PU Rahmat buat dia cuma jalankan tanggungjawab dia sebagai orang yang lebih arif tentang hukum islam. Kita sepatutnya ambil yang positif dan belajar ilmu itu lebih baik.






Sumber : gempak

Post a Comment

0 Comments