Ticker

6/recent/ticker-posts

Nabila Razali Sah Akan Berentap Di Pentas AJL35, kata Hael Husaini

 



Ramai yang tahu penyanyi lagu peluang kedua, Nabiela Razali yang dikatakan tidak akan beraksi pada pentas AJL35 kerana masalah kesihatan.


Pun begitu menerusi satu hantaran di twitter, Hael Husaini mengesahkan penyanyi tersebut akan kembali menyanyikan semula lagu tersebut yang dijadualkan pada 7 Feb 2021 kelak.




Hael yang juga komposer lagu itu bersama MFMF dalam posting tersebut dilihat tampil menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nabila yang pertama kalinya akan membuat persembahan di pentas besar AJL.



peminat juga khabarnya gembira dengan berita tersebut dan idak terlepas mendoakan kejayaan Hael yang mempunyai tiga buah lagu ciptaannya dalam AJL kali ini.




Terdahulu, Nabila memaklumkan kepada umum bahawa beliau terpaksa menarik diri daripada bertanding dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) selepas dinasihatkan oleh doktor untuk berehat berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.


Diruangan komen, dapat dilihat netizen memberikan kata semangat dan tidak lupa berkongsi rasa gembira kerana lagu tersebut akan dinyanyikan oleh penyanyi asalnya.






Tahniah kami ucapkan, semoga Nabila yang sebelum ini sering dikecam bersuara sumbang dan mempunyai teknik nyanyian yang teruk mampu mendendangkan lagu Peluang Kedua dengan baik


Sumber : beautifulnara

Post a Comment

0 Comments