Header Ads

Breaking

Wednesday, December 30, 2020

Michael Hansen Sifatkan Sharifah Sakinah Seorang Wanita Luar Biasa

 


Dijangka menamatkan zaman jandanya tidak berapa lama lagi dengan kekasih hatinya Michael Hansen, tiba-tiba timbul satu dakwaan tidak sedap didengar apabila SHarifah Sakinah dituduh jadi perampas suami orang pula.


Sakinah bagaimanapun berkata dia tetap berpegang teguh dengan prinsip tidak akan ‘mencaras’ suami orang. Tampil mempertahankan kekasihnya, Michael Hansen menafikan Sakinah punca dia dan bekas isteri bercerai.


Menurut lelaki berasal dari Sweden itu, dia sudah sudah berpisah dengan bekas isterinya sebelum menjalinkan hubungan dengan Sakinah.



“Tidak adil membuat tuduhan melulu terhadap Sakinah tanpa usul periksa. Saya dan bekas isteri sudah lebih setahun berpisah.


“Sakinah bukan punca kami bercerai. Hubungan kami terlerai sudah setahun, sebelum saya bertemu dengan Sakinah. Saya dan bekas isteri sudah lama tidak tinggal sebumbung,” katanya kepada BH Online.



Sedia maklum dengan sikap Sakinah yang gila-gila, Hansen menyifatkan kekasihnya itu seorang wanita yang sangat menakjubkan.


“Sakinah memiliki hati yang baik. Kita sedia maklum mengenai Sakinah tebal dengan sikap kelakar dan gila-gila. Paling jelas, kami pernah berhadapan dengan kegagalan rumah tangga. Kisah silam lalu diharungi dengan penuh kesefahaman.


“Saya harap soal peribadi dan kisah silam biarlah terus berlalu. Biarlah, ia disimpan sebagai privasi yang perlu dihormati,” katanya.


Begitupun, ini beberapa reaksi dari netizen berkenaan isu ini.





SUMBER  BH ONLINE via rotikaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.