Ticker

6/recent/ticker-posts

Pesara guru ubahsuai parking sampai ‘makan’ jalan raya

 


KLUANG – Seorang cikgu bersara bukan sahaja membina tempat meletak kenderaan tanpa kebenaran, tetapi turut “memakan” jalan di hadapan rumah.


Kejadian yang dilaporkan berlaku di sekitar kawasan perumahan di Taman Intan di Kluang, Johor itu menyebabkan kerja mengecat garisan jalan tidak dapat dilakukan dengan baik, malahan mewujudkan garisan yang bengkok.


Penduduk tempatan memberitahu China Press, pembinaan haram itu telah berlaku beberapa tahun tetapi tiada orang yang membuat aduan.


Kejadian itu hanya mendapat perhatian apabila kontraktor berdepan masalah ketika mahu mengecat garisan jalan.



Difahamkan pemilik rumah yang merupakan seorang guru bersara telah membina tempat meletak kenderaan secara haram sehingga “memakan” jalan raya di hadapan rumah.

 

Berikutan daripadanya, pihak majlis perbandaran telah mengeluarkan notis mengarahkan pemilik rumah merobohkan struktur binaan haram yang menghalang jalan dalam tempoh 72 hari.


Kegagalan pemilik rumah berbuat demikian akan mengundang tindakan meroboh oleh pihak berkuasa tempatan.

 

Walau bagaimanapun, seorang jurutera dari majlis perbandaran memberitahu, pemilik rumah seakan-akan tidak mahu memberi kerjasama.

 

Jurutera itu juga kecewa kerana pemilik rumah mempunyai tabiat menyimpan barang dan terdapat banyak tempat takungan air di kawasan simpanan itu sehingga dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk. – MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments