Ticker

6/recent/ticker-posts

“Semua Sibs Neelofa Unfollow PU Rizz?”- Netizen Mula Tertanya Status Hubungan Neelofa Dan PU Riz

 



Berita mengenai kisah percintaan antara selebriti dan juga usahawan berjaya, Neelofa dan PU Riz bukanlah sesuatu yang rahsia lagi apabila mereka berdua membuat keputusan untuk bertunang.


Ramai netizen yang gembira dan menyifatkan pasangan itu sangat sesuai dan secocok. 


Melalui perkongsian dari portal hiburan murai , dilaporkan menerusi laman twitter, ramai netizen mula membuat spekulasi mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz selepas adik-beradik selebriti itu memuatnaik perkongsian yang sama di laman Insta-story mereka.


Kongsi Status IG Story Yang Sama


Ketiga-tiga adik beradik selebriti terkenal itu iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan berkongsi di ig story mereka beberapa kenyataan yang merujuk kepada sikap sebenar seseorang itu selain turut berkongsi doa yang meminta perlindungan daripada perkara-perkara yang buruk.

“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)” kongsi ketiga-tiga mereka di Insta Story sebentar tadi



Yang paling mengejutkan adalah apabila dikatakan gambar merisik Neelofa juga sudah dipadamkan?




Dalam masa yang sama juga, ada dakwaan daripada netizen yang mengatakan bahawa mereka tidak lagi mengikuti pendakwah bebas yang juga pelakon itu di laman Instagram.Malah foto bersama Neelofa dan PU Riz di laman Instagram tidak lagi kelihatan termasuklah foto ketika acara merisik Neelofa pada awal November lalu.



Bagaimana pun peminat tetap mendoakan yang terbaik buat hubungan Neelofa dan PU Riz. Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail telah mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020 tidak lama selepas pemilik jenama Naelofar itu mengumumkan dirinya sudah berpurdah sepenuhnya


Ini hanyalah spekulasi semata-mata dan janganlah kita melebih-lebih membuat andaian, tuan empunya badan pun belum membuat apa-apa kenyataan setakat ini.


Apa-apapun marilah kita berdoa agar pasangan ini ada jodoh .. insha Allah


Sumber : Murai

Post a Comment

0 Comments