Ticker

6/recent/ticker-posts

Sejak kecil sudah diduga yatim piatu, selepas berkahwin lebih 20 tahun, tiada sikit pun pernah rasa bahagia

 


Assalamualaikum admin. Terima kasih kerana sudi siarkan luahan hati saya… andai apa yang saya tuliskan membuka 4ib suami saya, moga Allah ampunkn saya. Allahhu, sebak, sedih, kecewa, putus asa, hilang arah dan d3rita itu yang saya rasa saat ini. Ujian Allah buat saya sejak kecil hilang kasih ayah dan ibu, hidup penuh dengan kemiskinan sehingga kini usia saya mececah usia 40-an, tak henti – henti Allah uji saya. 

Sayangnya Allah pada saya sehingga usia saya saat ini tak penah saya rasai sekelumit pun bahagia walau sudah 20 tahun hidup di alam perkahwinan. Sudah punya 4 cahaya mata namun setiap hari tak penah kering air mata dengan sikap suami, anak dan kesusahan hidup yang serba sederhana.


Masa saya masih kecil saya sentiasa cakap pada diri sendiri ,”Hari ini aku susah, miskin tiada ibu bapa, aku harap di usia tua ku nanti aku akan bahagia penuh dengan limpahan kasih sayang.”Saya silap, Allah masih sayang saya. Diuji dengan suami yang berkira dan kedekut selalu meny4kitkan hati saya, boleh dikatakan saya nih tak pernah dianggap sebagai isteri hanya sebagai orang gaji dan peneman tidur. 

Urusan duit semua dia pegang, duit pencen berpuluh ribu satu sen pun tak dibahagi, tak ada seutas emas walau sepasang anting – anting hadiah untuk saya. Kalau beli barang dapur bagi duit tapi balance tetap dia ambik, dia beli rumah tapi saya tak boleh ubah apa pun dalam rumah. Pernah saya g4ntung sebiji cermin di ruang tamu, seharian saya kena bebel sebab dia pernah kata rumah tu rumah dia. Hmm..


 

Mungkin betul sebab saya tak b0leh buat apa pun dekat rumah ni tanpa izin dia. Duit bulanan bagi saya RM 200. Duit tu pun saya bayar untuk wifi. Maklumlah dalam rumah saya ni anak pakai internet kadang – kadang untuk cari informasi sebab rumah kami jauh dari bandar. Dengan duit RM 200 tu saya bayar bil, sebab dia kata “awak yang nak pakai, awak yang bayar.” Baru-baru ni dia buat loan dapat RM 30k, sampai saat ni satu sen pun tak bagi dekat saya. Dah banyak kali saya mintak bagilah saya walau RM 1000, saya nak buat belanja. Dah macam pengemis saya ni, dia buat bodo je sambil cakap “duit tu banyak lagi aku nak pakai, aku nak bukak bisnes tau!”


Sambil menitis airmata saya berkata “berkat kalau awak bagi saya walau sedikit anggaplah awak sedekah kat saya sebab saya pun tak kerja, kalau nak isi minyak keta pun mintak duit dengan awak. Saya ni satu lipstik pun tak ada, bedak ke, minyak wangi ke? Syampu rambut pun pakai sabun basuh!” Nak jugak berbelanja barang makeup seperti wanita lain, beli produk ke. Kain baju ke, tudung ke sehelai.


Sepanjang hidup saya asyik mengemis mintak baju dengan adik, sebab adik alhamdulillah seorang wanita yang berjaya dalam perniagaan. Adik la banyak membantu dari segi kewangan sebab dia tahu suami saya jenis berkira dengan saya. Jawapan suami saya, “Ok, aku bagi ko RM 1000 nak tengok, berkat bagi kat bini yang ko cakap!”


 

Pernah tak sahabat yang baca luahan saya ni terfikir, “Hidup saya penuh d3rita dan airmata kenapa saya tak bunvh diri??!!” Anak – anak pun sudah dewasa dah bekerja nak hulur dekat mak RM 50 pun tak pernah. Mungkin ikut perangai ayahnya jadi untuk apa hidup saya di akhir usia nih Hanya menghabiskan sisa – sisa hidup dengan penuh d3rita, tangisan dan airmata? 

Saya bangun di pertiga malam memohon pada Allah. “Allah bantu h4mbamu ini, aku letih aku tidak inginkn perkahwinan seperti ini lagi Allah.. .tiada kasih sayang dan cinta antara suami. Berikanlah jalan penyelesaian untukku!” Andai kau ambik nyawa ku, beri ku sedikit rasa bahagia di akhir usia ku!”


Sayangnya Allah sehingga setiap saat aku diuji dengan suami dan anak, diuji dengan tangisan dan d3rita.


Saya dah biasa menngis sendiri, s4kit saya pegi klinik sendiri. Saya dah biasa, semua masalah saya t3mpuh seorang diri. Saya tahu Allah sayang saya, Allah uji saya dengan suami yang tak menyayangi saya. Berapa kali dia corang saya masih bertahan, beribu kali dia Iuk4kan hati saya, saya masih bertahan. 

Kalau dulu setiap kali saya menangis depan arw4h abah, dia akan lap airmata saya, kini biar sampai basah baju saya dengan titisan airmata saya, suami cuma buat bod0h je. Saya rindu arw4h abah, sayang abah pada saya ibarat menatang minyak yang penuh tak pernah sekali pun dia biar airmata saya jatuh ke bumi. Abah, sahabat, doakan saya kuat meniti usia saya. Kuat dengan ujian Allah buat saya. Semoga saya tidak sesat dengan hasutan sy4itan, agar saya ” bunvh diri” Allahhhuuuu! Saya tak kuat!!!!!!!!


sumber : https://hai.mehbaca.com/

Post a Comment

0 Comments